Tuesday 30 July 2013

Lasagna Inti Kari : Resepi Kegemaran Keluarga

Assalamualaikum,salam 10 terakhir Ramadhan.Resepi lasagna ni saya dapat dari Puan Rasheedah CoachSha.Dah macam blogger masakan pulak.Tidak mengapa, memang lazimnya bulan Ramadhan ni keterujaan kita terhadap makanan lebih tinggi.Ok,Selalunya lasagna bercitarasa barat,kali ni kita buat kelainan dengan perisa kari ye.Sedapnya..Alhamdulillah.Resepi sangat mudah.Tiada alasan tidak memasak untuk keluarga .

Bahan-bahan Inti
500gm daging cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Beberapa helai daun kari
Sedikit halba campur
1/2 paket serbuk kari
1 biji bawang India (didadukan)
1/2 biji lada benggala (didadukan)
1 lobak merah (didadukan)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam untuk perasakan
Sayur untuk inti
Bahan-bahan untuk layer lasagna
Beberapa keping roti
Telur
Sedikit susu segar
Beberapa keping cheese
Sedikit mixed herbs untuk hiasan
Sedikit butter untuk dileserkan di dalam acuan

Cara membuat inti
1. Tumis bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Campurkan sedikit air dengan serbuk kari dan tumis bersama bahan di atas sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging cincang,lobak dan lada benggala.Jika perlu masukkan sedikit air sehingga bahan tadi masak.Akhir sekali masukkan bawang India dan secubit garam.Pastikan inti kering sedikit.
Tumis rempah kari

Cara membuat layer lasagna
1. Celup roti ke dalam telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
2. Leserkan acuan dengan butter.Susun sebagai base lasagna anda.Layer yang pertama.
3. Masukkan inti ke layer kedua.
4.Kemudian susun cheese menutupi layer tersebut.Jika anda menggunakan acuan kecil,boleh diulang semua langkah di atas menjadikan lasagna anda 2 lapis.
5. Pada lapisan keju di atas hiaskan dengan mixed herbs.
6. Masukkan ke dalam oven selama 10 minit; 170 darjah celcius.Jika guna pemanggang,bakar sehingga keju mencair.
Roti dicelup dan disusun dalam pemanggang untuk layer pertama
Layer kedua; inti.
Layer ketiga dan sedia di panggang
Subhanallah!Siap akhirnya.syukur..
SELAMAT MENCUBA!

Serba kreatif masakan berbuka mahupun sahur dengan PEMANGGANG Cynthia ini

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Saturday 20 July 2013

Kanak-kanak dan flashcard

“Flashcard (kad imbasan)...nampak bagus sekali untuk permata hatiku. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun...comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu? Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk tadika, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Ide yang bagus...atau tidak? Mana harus ku pilih? Perlukah aku membelinya...”

Mungkin inilah yang difikirkan oleh ibu muda ini semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan untuk anaknya menambah ilmu. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak. Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.

Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.

Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.

Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.

Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)

Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan.


CREDIT : MAJALAH PA&MA,TERBITAN KARANGKRAF.

Di sini saya sertakan video anak saya dengan aktivit flashcardnya. Selain kebaikan-kebaikan yang disenaraikan di atas, aktiviti sperti ini boleh menjauhkan anak daripada TV mahupun Ipad.Lihatlah betapa seronoknya dia =) (Sampai tergedik-gedik jawab soalan ayahnya)


Inilah flashcard yang anak saya paling gemar dan yang dia main dalam video.
HARGA RM12
To Order SMS 019 772 2314
Ingin lihat flashcard-flashcard yang lain? KLIK DI SINI atau lawati FB RumahKedai

Thursday 18 July 2013

Wantan Mee : Resepi Mesra Kanak-kanak

Resepi berbuka puasa pada minggu lepas ala-ala mesra kanak-kanak.Wantan mee.Memang makanan yang saya paling gemar.Tapi sangat susah nak jumpa kat restoran Melayu.Tapi kalau restoran Cina Muslim memang selalu dijual.Sangat sedap.Bayangkan sewaktu masih belajar setiap kali saya terserempak dengan mee wantan yang halal, memang menu tu je la yang saya order.Akhirnya setelah banyak percubaan yang saya buat,kali ni memang jadi,dan sedap macam yang saya makan di kedai kegemaran saya.Alhamdulillah.Lepas ni tak payah susah-susah pergi kedai Cina Muslim dah.Masak sendiri.Resepi ni mesra kanak-kanak sebab kurang pedas dan ala-ala mee kicap gitu.Buktinya,anak saya makan 2 mangkuk licin.Jom tengok resepinya yang saya ubah mengikut citarasa saya.


Bahan-bahan wantan mee;
2 gulung mee wantan halal (boleh juga gunakan mee telur kering yang halus-banyak didapati di Tesco)
3 ulas bawang putih

1 cm halia
Minyak bijan

Sos tiram
Kicap masin atau manis
Sawi yang dicelur

Bahan-bahan sup

Beberapa ketul ayam  (isi dan tulang)
2 ulas bawang putih
1 bawang merah
1cm halia
Lada sulah
7 ketul fishball (saya gantikan dengan wantan )
*Wantan halal boleh didapati di kedai-kedai pembekal yong tau fu muslim jenan Hikmah)

Cara -cara membuat wantan mee;
1. Rebus mee wantan sehingga lembut dan toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan  mee terus mengembang.
2.Sediakan sos wantan dengan memanaskan bijan,kemudian tumis bawang putih,merah dan halia hingga naik bau.
3.Seterusnya masukkan sos tiram dan kicap hingga mereneh sedikit.Boleh tambah air mengikut kepekatan dan citarasa masing.Tutup api.
4.Bila mahu makan,boleh gaulkan wanten mee dalam kicap dan hidangkan bersama sup dan ayam kicap.

Cara membuat sup dan ayam kicap
1.Renehkan sup dengan merebus bawang merah,bawang putih,halia dan ayam.
2.Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
3.Apabila hampir mendidih masukkan fishball atau wantan.
4.Ambil ayam yang terdapat dalam sup.Gaulkan dengan kicap.



Tips : Jika ada lebihan sup.Boleh juga dimakan begitu sahaja bersama mee dan wantan. Dalam menu Cina Muslim, mee wantan ada 2 jenis.Yang saya masa ini dinamakan Dry Wantan Mee. Jika dimakan bersama sup dinamakan Wantan Mee Soup.Untung,sekali masak, 2 dalam 1.

========================================================================
Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak


Sunday 14 July 2013

Resepi Kanak-Kanak : Pasta Carbonara Mudah

Entry kali ni saya bagi resepi mudah dimasak.Bersempena dengan bulan Ramadhan, kita yang berpuasa tapi kena menyediakan makanan untuk anak. Resepi cepat-dimasak ini jugak boleh dijadikan sarapan dan bekal buat anak-anak anda.Senang je.Campak-campak. Tapi tak elok dimakan selalu kerana mengandungi 'process-food'.Kalau sekali sekala tidak mengapa.Kerana selain mengandungi bahan kimia,MSG dan kurang berzat, 'process-food' juga membuatkan hati anak-anak menjadi keras.Pelbagaikan lauk dalam hidangan ini dengan menggunakan ayam,udang dan sotong.Kurangkan penggunaan sosej ye.

Bahan-Bahan

Pasta mengikut keperluan keluarga
Minyak zaitun
Sos spaghetti carbonara
Sosej (boleh digantikan dengan ayam,udang,sotong dan lain-lain)
Bawang merah
Bawang putih

Cara memasak
1. Rebus pasta hingga empuk
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dalam minyak zaitun yang dipanaskan.
3. Masukkan sosej yang dipotong
4. Apabila sosej sudah masak boleh masukkan sos carbonara.
5. Masukkan sedikit air dan tunggu hingga sos memekat.
6. Masukkan pasta dan kacau sebati.
Gaul sebati

Hasilnya..Alhamdulillah =)

Boleh juga memasak menggunakan pemanggang ini. Serba kreatif masakan dengan pemanggang mudah ini.

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Wednesday 10 July 2013

Pengalaman berpuasa ketika hamil


Salam Ramadhan.Saya pasti ramai bakal ibu tertanya-tanya bagaimana hamil dan menjalani ibadah puasa. Pelbagai persoalan bermain di minda. Letih, nak jalan pun tak larat, muntah batal ke tak,perut masuk angin dan boleh ke berbuka ke tak kalau dah lemah. Macam-macam, sama seperti saya menjalani ibadah puasa dalam keadaan hamil 2 tahun yang lepas.

Saya disahkan hamil 2 bulan ketika pertengahan puasa 2011.Rezeki langit Ramadhan.Sangat-sangat syukur. Apabila mengetahui yang saya hamil, sedikit demi sedikit simptom mengandung datang. Muntah,tak boleh bau tumis dan tak bermaya.Ketika waktu itu kita semua berada di bulan Ramadhan, jadi saya men'google'dan bertanya kepada yang lebih arif agama tentang hukum dan syariat dalam menjalankan ibadah puasa bagi ibu hamil.Saya berharap anda juga merujuk kepada yang lebih arif ya.

Saya dapati berpuasa ketika awal kehamilan sangat mencabar.Sewaktu mngandung anak pertama dan hamil 2bulan, saya sudah sangat lemah setiap hari.Kata orang 'dah lembik macam sayur'. Kemudian dekat-dekat waktu asar perut saya mula masuk angin dan sakit perut.Sebaik sahaja berbuka saya akan muntah kerana angin dalam perut tadi sudah menolak makanan saya keluar. Allah, siksanya hanya Dia yang tahu. Jadi saya cuma berkesempatan puasa selama 16 hari ketika itu.

Masih terkenang tatkala singgah di bazar Ramadhan,saya akan duduk dalam kereta sahaja.Mana tak nya, kalau saya keluar...bau semerbak makanan-makanan di bazar itu akan buatkan saya mual dan muntah.Kalau pergi ke restoren saya akan tutup hidung.Ada hari-hari yang saya terpaksa mengisi perut dan saya beli di kedai mamak 24 jam.Mengejutkan, waktu makan tengahari lelaki-lelaki Muslim bertopi keledar (mungkin sebab malu-tapi dengan Allah dan malaikat disebelah tak malu) selamba beratur membeli nasi tengahari. Mamak di kedai pun sama bersubahat dengan memberi plastik bewarna hitam kepada lelaki-lelaki Muslim,tapi pada saya diberi plastik biasa. Begitulah episod berpuasa ketika hamil 2-3bulan.
Gambar sekadar hiasan
Pada puasa kali ini (2013), saya berpuasa dalam keadaan hamil sekali lagi.Tapi pengalamannya agak berbeza kerana kehamilan saya sudah memasuki bulan keempat.Fasa muntah,mual,lembik dan 'morning sickness' sudah berlalu sebelum tiba Ramadhan.Semalam saya berjaya dengan penuh tenaga,tetapi masih tidak dapat gagahkan diri memasak untuk berbuka.Tetapi ketika sahur saya dapat memasak walaupun ringkas tapi sedap.Betullah kata ibu-ibu yang lebih senior,lain anak,lain pengalamannya.

Kepada yang meniti fasa kehamilan,ambil masa terluang anda (mana yang belum mempunyai anak) untuk menimba ilmu keibubapaan,penyusuan dan agama.Persediaan mental dan hati menyambut kelahiran sesungguhnya jauh lebih penting dari shopping baju-baju comel untuk si kecil anda.Semoga kita semua menjadi ibu yang menginspirasikan seluruh keluarga kecil kita ke syurga. Amin

 2 Ebook berpantang pada harga RM30. SMS kepada 017 223 5362 untuk pembelian 


Monday 8 July 2013

Ajar Anak Mengaji

Tiada yang signifikan.Tetapi sengaja berkongsi warna-warni gambar karenah anak ketika kami membaca dan mengajar Al-Quran.
 
Al-kisah mula-mula tengok mummy dia mengaji.Dia pun nak join
Lepas tu kita ajar dia Al-Furqan.Dia ikut.
Kemudian kita sebut huruf-huruf hijaiyah,dia minta nak tengok Baby Khalifah pulak
Finally, dah jemu belajar di ambilnya topeng 'Otomen' katanya
Terbukti, bukan anda sahaja yang menghadapi karenah-karenah sebegini di rumah bila nak ajar anak Al-Quran.Kita berkongsi penah, lelah dan kesabaran dengan semua ibu juga.Ewah, macam 'reality show' pulak.

Sedikit TIPS : Mengajar anak membaca AlQuran atau buku.
Lead by example! Penting. Anak-anak tak akan membaca kalau dia tidak nampak ibu atau bapanya membaca.Anak-anak adalah peniru no 1. Jadi, ibu bapa yang mesti mulakan dulu. Ambil buku atau Quran. Buka dan baca. Dengan sendirinya, terkedek-kedek dia datang nak membaca sekali.Pangku dan olok-olok baca bersama.Ambil Al Furqan atau flash card,terangkan ini dia yang punya. Sayang baca yang ini, Quran ini mummy punya. Quran besar,sebab mummy pun besar. Macam tu la sedikit sebanyak.

TIPS paling penting teratas dari semua tips yang teknikal adalah.......SABAR!

Jikalau puan-puan berminat mengetahui lebih banyak tips, tinggalkan email anda di ruangan komen.Insyaallah saya akan emailkan sesuatu buat anda =). Ya anda!


Jom tengok video saya ajar anak mengaji di bawah ni;


Wednesday 3 July 2013

Playgroup dan kanak-kanak

Tahun ini anak saya menyertai playgroup di nurserinya.Playgroup yang dia sertai adalah Alimkids Islamic Playgroup.Playgroup ini diadakan 2jam dan 2 sessi seminggu.Pada bulan-bulan pertama anak saya menyertai playgroup, memang dia balik dan tidur awal sebab main,menari dan aktiviti-aktiviti lain.Yang seronok bila melihat hasil kraft anak saya.

Apa itu playgroup? Playgroup adalah aktiviti yang mengumpulkan beberapa kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah kumpulan yang kecil. Maksimum 15 orang dalam setiap 1 sesi. Kebaikkannya : Mengikut kajian, sikap untuk bersaing akan membuat seorang yang pemalu menjadi berani dalam sekelip mata. Anak-anak akan terdorong untuk aktif sama dalam setiap aktiviti di dalam kelas kerana sifat tersebut. Kami terapkan budaya bersaing secara sihat dan saling kerjasama antara satu sama lain. Kadangkala kita terpaksa umpan anak-anak dengan pelbagai perkara supaya mereka ingin belajar di rumah. Tetapi tidak di playgroupAnda akan lihat sendiri apabila mereka berlumba-lumba untuk membuat hasil kraf yang terbaik dan menjadi yang pertama menjawab soalan!   -Petikan dari FB Excel Khalif

Jom kita tinjau-tinjau  aktiviti anak saya semasa sessi playgroupnya =)

Sessi bercerita, seni dan tiup belon

Guru playgroupnya adalah 'Teacher Farah'. Siapa perasan siapa 'Teacher Farah' ni? Kak Farah adalah empunya butik di Taipan USJ.Kak Farah juga merupakan penyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' yang sangat popular di zaman 90an dulu.Selain itu Kak Farah juga sangat berpengalaman mengendalikan playgroup.Kalau berminat boleh layari butik beliau di Farra Biz

Aktiviti berkumpulan dikendalikan oleh Teacher Farah.Ada lagu phonic juga di ajar pada sessi playgroup

Khusyuk dan asyik.Walaupun masih kecil..enjoy sungguh mereka dengan aktiviti yang dijalankan.Anak saya baru berumur 2 tahun



Untuk yang berminat mengetahui tentang Alimkids Playgroup boleh KLIK DI SINI

Shopping barang bayi? klik Little Muna's Playhouse