Thursday 18 July 2013

Wantan Mee : Resepi Mesra Kanak-kanak

Resepi berbuka puasa pada minggu lepas ala-ala mesra kanak-kanak.Wantan mee.Memang makanan yang saya paling gemar.Tapi sangat susah nak jumpa kat restoran Melayu.Tapi kalau restoran Cina Muslim memang selalu dijual.Sangat sedap.Bayangkan sewaktu masih belajar setiap kali saya terserempak dengan mee wantan yang halal, memang menu tu je la yang saya order.Akhirnya setelah banyak percubaan yang saya buat,kali ni memang jadi,dan sedap macam yang saya makan di kedai kegemaran saya.Alhamdulillah.Lepas ni tak payah susah-susah pergi kedai Cina Muslim dah.Masak sendiri.Resepi ni mesra kanak-kanak sebab kurang pedas dan ala-ala mee kicap gitu.Buktinya,anak saya makan 2 mangkuk licin.Jom tengok resepinya yang saya ubah mengikut citarasa saya.


Bahan-bahan wantan mee;
2 gulung mee wantan halal (boleh juga gunakan mee telur kering yang halus-banyak didapati di Tesco)
3 ulas bawang putih

1 cm halia
Minyak bijan

Sos tiram
Kicap masin atau manis
Sawi yang dicelur

Bahan-bahan sup

Beberapa ketul ayam  (isi dan tulang)
2 ulas bawang putih
1 bawang merah
1cm halia
Lada sulah
7 ketul fishball (saya gantikan dengan wantan )
*Wantan halal boleh didapati di kedai-kedai pembekal yong tau fu muslim jenan Hikmah)

Cara -cara membuat wantan mee;
1. Rebus mee wantan sehingga lembut dan toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan  mee terus mengembang.
2.Sediakan sos wantan dengan memanaskan bijan,kemudian tumis bawang putih,merah dan halia hingga naik bau.
3.Seterusnya masukkan sos tiram dan kicap hingga mereneh sedikit.Boleh tambah air mengikut kepekatan dan citarasa masing.Tutup api.
4.Bila mahu makan,boleh gaulkan wanten mee dalam kicap dan hidangkan bersama sup dan ayam kicap.

Cara membuat sup dan ayam kicap
1.Renehkan sup dengan merebus bawang merah,bawang putih,halia dan ayam.
2.Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
3.Apabila hampir mendidih masukkan fishball atau wantan.
4.Ambil ayam yang terdapat dalam sup.Gaulkan dengan kicap.



Tips : Jika ada lebihan sup.Boleh juga dimakan begitu sahaja bersama mee dan wantan. Dalam menu Cina Muslim, mee wantan ada 2 jenis.Yang saya masa ini dinamakan Dry Wantan Mee. Jika dimakan bersama sup dinamakan Wantan Mee Soup.Untung,sekali masak, 2 dalam 1.

========================================================================
Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak


No comments:

Post a Comment