Wednesday 23 January 2013

Pakej Anak Cepat Pandai Alif Ba Ta

Pakej anak pandai alif ba ta terdiri daripada:

VCD Belajar Cepat Baca Quran Siri 1 untuk anda anak belajar kenal alif ba ta melalui video kartun dan nasyid alif ba ta
Flashcard Alif Ba Ta untuk anda bermain dengan Flashcard supaya anak lebih cepat kenal alif ba ta
Poster Alif Ba Ta untuk anda gantung di dinding rumah anda
Puzzle knob alif ba ta untuk anak anda bermain susun alif ba ta melatih motor skill supaya lebih cepat dan mudah belajar alif ba ta
.

Harga RM66/including postage ke Semenanjung
RM68.50 termasuk caj poslaju ke sarawak 
RM69.30 termask poslaju ke Sabah

Nak Order? Isi order form DI SINI

Nak beli berasingan? 
Klik di sini untuk beli Flash Card Iqra sahaja


Friday 18 January 2013

PPAS [PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR] dan Si Dia

Minggu lepas saya dan Si Dia menghabiskan waktu pagi di PPAS. Saya pergi berdua je tanpa suami kerana beliau bekerja.Sedikit gambar-gambar buat tatapan pembaca dan info mengenai PPAS saya sediakan di sini dari kacamata kami berdua.

Anak saya memang mengemari buku.Jadi bila kami melangkah je ke seksyen kanak-kanak..dia punya fokus dah hilang.Rupanya-rupanya, PPAS memang mesra kanak-kanak dengan dekorasi dan perkhidmatan yang disediakan. Sangkaan untuk membaca kepada si kecil meleset.Akhirnya saya lebih banyak mengejar dia dari membaca!

Klik untuk ke LAMAN RASMI PPAS

Mula-mula start membaca atas meja kecil ni.
Lepas tu nak explore library ni pulak.Pegi bahagian PC, tersangkut sebab nampak upin ipin
Bahagian tayangan video.Lihat pentas di belakang.Itu untuk Story-telling session
 This is the center of attraction kat sini.Replika pokok di atas bukit.Memang cantik
Dah gelaran pun perpustakaan dalam taman,belakang PPAS. Ni sedikit dari pemandangan belakang yang siap ada itik yang cantik

Hai,dah mcm photo-blog dah.Tak de ape-ape.Cuma sekadar berkongsi pasal our weekend outing
Nak beli 3 buku upin ipin dengan harga RM25? CLICK HERE!
  for details and place your order sms 019 772 2314

Thursday 17 January 2013

Haiwan teladan dalam Al-Quran

Tercari-cari cerita-cerita Al-Quran yang dapat menarik minat si kecil? Cuba gunakan pendekatan haiwan. Pasti menarik minat anak anda, bonusnya..kisah haiwan itu diceritakan dalam  Al-Quran.Pakej ini terdiri dari 4 buah buku.  


PAKEJ 4 BUAH BUKU
SIRI HAIWAN TELADAN DALAM AL-QURAN
RM79.60/including postage
AVAILABLE

Nak beli berasingan?

1. Kisah Orang Yang Menjadi Beruk dan cerita-cerita lain.


RM27/including postage
AVAILABLE

2. Kisah Katak Bermaharajalela dan cerita-cerita lain.

.RM27/including postage
AVAILABLE   

3. Kisah unta dan dua beranak dan cerita-cerita lain
  
RM27/including postage
AVAILABLE   

 4.  Kisah Ikan Nun yang taat dan cerita-cerita lain.
RM27/including postage
AVAILABLE   

Saturday 12 January 2013

Tahun Baru,Harga Baru

Bersempena dengan tahun 2013, LMP (Little Muna's Playhouse) kami dah menyemak semula harga barang-barang jualan kami dan menurunkan harga beberapa produk.Jadi jangan lepaskan peluang sebelum kehabisan stok ye.Alhamdulillah,harga turun.Semoga dapat memberi perkhidmatan yang lebih mengutungkan dan bermanafaat untuk anda semua.

Selain itu harapan saya,boleh berkongsi sebanyak-banyak info megenai pelbagai aspek kehidupan kepada semua.Dengan harapan,memberi kebaikan kepada manusia lain.Amin

IPAD ISLAMIC FROM RM44,REDUCED TO RM38
 
 Lebih info mengenai Ipad Islamik, KLIK DI SINI

LAMAZE MUSICAL INCHWORM FROM RM24, REDUCED TO RM22
ABC BLOCK FROM RM15, REDUCED TO RM12

CLICK HERE TO BUY


Thursday 10 January 2013

Tips bawa anak naik kapal terbang

Salam kembali.Lama menyepi.
Mesti ramai ibu-ibu especially yang baru habis berpantang dan mahu kembali ke tempat kita mencari rezeki dengan menaiki kapal terbang tertanya-tanya macam-macam soalan pasal topik ni.Mungkin jugak yang nak bawa anak melancong atau ke mana sajalah.

Saya menulis berdasarkan pengalaman, pembacaan dan latar belakang saya sebagai jurutera pesawat.Sebenarnya tiada had umur minimum bagi sesorang kanak@bayi untuk menaiki pesawat.Jadi jangan risau sekiranya anda baru bersalin dan nak bawak anak balik kampung menaiki pesawat ye. Yang dirisaukan adalah keadaan anak dalam pesawat je sebenarnye. Nangis ke? Buas ke? Lari-lari ke? Atau TIDUR (pheww...lega!)

1. Persediaan kelengkapan anak.
Bawa hand-luggage yang mempunyai kelengkapan untuk menukar lampin sekiranya perlu. Saya rasa saya tak perlu terangkan lebih sebab setiap ibu bapa dah pun arif dengan apa yg perlu dibawa.
Beg yang cute.Buy HERE!

Selain dari itu,sekiranya anak kita masih kecil, 2 tahun ke bawah..dia masih lagi dalam kategori INFANT.Bermaksud bayaran kepada syarikat penerbangan adalah separuh harga (berlainan mengikut polisi syarikat penerbangan) dan berkongsi tempat duduk dengan ibu/penjaganya. Sekiranya anak anda berumur setahun kebawah, sememangnya dia akan duduk di pangkuan anda.Tapi bagi anak yang sudah setahun ke atas dan badan dah panjang,ini agak melenguhkan ibu,tambahan kalau flight lama.Jika penumpang lain duduk disebelah kita,mungkin dia terganggu dengan kaki anak kita yang terjulur ke tempat duduknya. Jadi, rancang perjalanan anda seawalnya. Beli tiket bukan pada waktu puncak (waktu puncak adalah ketika waktu 7-8am, ketika bussiness traveller banyak menaiki pesawat, 4-7pm waktu ideal orang menaiki peasawat untuk pulang ke kampung selepas waktu kerja@mensyuarat). 
Waktu bukan puncak pula ketika awal pagi pada hujung minggu dan penerbangan terakhir setiap hari.Sekiranya boleh, cuba minta ditempatkan di sebelah suami atau tiada penumpang disebelah.Jadi bolehlah and letakkan si manja anda di kerusi kosong tersebut.Beri dia ruang bermain.Sekiranya dia  duduk di atas anda sepanjang perjalanan,timbul rasa kurang selesa dan bosan. Pandai-pandailah gunakan kemahiran anda di kaunter check-in atau minta penumpang lain untuk bertolak ansur =) Kebanyakan anak-anak kapal memang sedaya upaya memberi perhatian dan prihatin kepada penumpang bersama anak kecil.   

Ni la aksi kalau dah besar..tengok kaki dia,bukan main lagi!

2. Ketidakselesaan akibat tekanan udara
Ketika pesawat mendaki ke satu ketinggian yang ditetapkan, terjadi perbezaan yang tidak begitu ketara kepada tekanan udara dalam kapal.Ini juga terjadi kepada orang dewasa.Ketidakselesaan seperti bengang pada telinga akan terhasil.Jadi sebagai persediaan saya membawa kapas yang digumpal untuk dimasukkan ke telinga anak saya.Bagi bayi,keadaan ini dapat dikurangkan dengan penyusuan.Bagi yang menyusu badan, susukan bayi anda ketika take-off sehingga pesawat berhenti mendaki.

Menyusu boleh mententeramkan bayi.Ni aksi-aksi menyusu dalam flight


3. Alat bantu menghilangkan bosan (macam cerita Doraemon pulak!)
Bawalah permainan yang dapat mengalihkan perhatian anak anda sepetri buku, softbook atau bantal kegemaran si kecil.Baca buku untuknya di dalam pesawat.Ada syarikat penerbangan menyediakan kit untuk kanak-kanak seperti buku mewarna sticker dan permainan kecil.Cuba tanyakan kepada pramugari jika ada.Sekiranya anda rajin, boleh juga buatkan busy-bag untuk si kecil.Nak tau apa itu busy bag? KLIK DI SINI Di bawah adalah antara my secret weapon untuk si manja dalam penerbangan

Softbook,pillowbook dan storybook. Buy HERE!


4. Letihkan DIA!
Sekiranya umur si manja sudah setahun lebih dan pandai berjalan,saya gunakan taktik ini.Biarkan anak bermain sepuasnya di airport. bawa dia berjalan, berlari,masuk kedai sini sana,mainkejar-kejar sampai letih.dalam pesawat..anda menuai hasilnya..si manja tidur nyenyak! Ibu lega.


Main dalam troli, dekat departure hall dan taman permainan di airport
Saya dan si manja yang berumur 40 hari ketika itu

Harap bermanafaat.

Disclaimer : Informasi ini ditulis atas pengalaman dan pendapat penulis bagi tujuan perkongsian sahaja.


Salah satu alat bantu perjalanan yang saya gunakan adalah pillow book.Memang ideal untuk digunakan sebagai bantal dan terkandung buku cerita kain di dalam.Bila si kecil bangun bacakan,bila si kecil tidur,dodoikan

Harga RM35
SMS 019 772 2314 untuk pertanyaan atau order