Saturday 16 March 2013

Pakej Bestari Al- Furqan

APA KATA MEREKA YANG TELAH BERJAYA GUNA PRODUK INI??
Testimoni dari Puan Butiwana dari Labuan, Sabah ( Tel: 019- 273 5941)
Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran...


Testimonial dari Guru Tadika : Puan Norsuriyani Intan


Testimonial dari Puan Izwah Masri, Puncak Alam, Selangor ( Tel: 013-3068518)

Anak saya, Musthoffa - 2 tahun 10 bulan. Dia kini jadi pelajar set buku Al-Furqan paling kecil di rumah saya. Pada mulanya, saya membeli set buku & kad imbas Al-Furqan ini untuk mengajar dan mengukuhkan bacaan anak2 saya yang mengalami masalah pembelajaran (abang & kakaknya yg berumur 8 & 10 tahun). Tetapi dengan sistem pembelajaran yang amat ringan & mudah difahami ini, Musthoffa telah dapatmenangkap ilmu pelajaran yang diajarkan kepada kakak & abangnya. Semakin hari, semakin seronok dia menyelit dicelah2 kedua beradik tu untuk turut serta belajar. Untuk tidak menghampakannya, saya ajarkan dia sama. Ternyata dia mampu mengenal & mengingat huruf dan bunyi2 huruf yang diajarkan. Kakak & abangnya juga mengakui yang belajar dengan set buku ini lebih jelas dan mudah difahami. Saya akan teruskan mengajar anak2 saya menggunakan sistem buku Al-Furqan ini. Semoga mereka semua mendapat manfaat yang diharap2kan.

Apa isi kandungan Pakej Bestari Al-Furqan ?

 

1.Set Buku Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan
-set ini terdiri daripada 1 VCD Panduan mengajar untuk ibubapa dan guru serta 4 buah buku untuk ibubapa mengajar anak-anak.
-pastikan ibubapa menoton dulu VCD panduan mengajar untuk lebih mudah mengajar anak-anak kemudian barulah dimulai dengan Buku 1, teruskan dengan buku 2, 3, 4 setelah tamat Buku 1

2.Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan
-Pasangkan VCD Al-Furqan dulu untuk anak-anak anda. Anak-anak akan belajar mengenal bunyi-bunyi huruf sambil menyanyi
-manakala Buku mewarna boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak

3.Kad Imbas Al-Furqan
-kad yg membantu anak-anak anda lebih faham dan ingat pelajaran yg ada dalam set buku alfurqan.Huruf yg besar pada akd imbasan ini membantu anak lebih mudah dan faham set buku yg mereka gunakan

4.Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2
Buku ini adalah bahan sokongan semasa anda mengajar anak anak menggunakan set alfurqan, ada latihan untuk mengukuhkan lagi kefahaman anak-anak

5.Muqaddam Bertajwid Al-Furqan
-setelah anak anda habis Buku 4 dalam set alfurqan, anda boleh mula mengajar anak anda Muqaddam untuk memastikan bacaannya lancar

6.Tajwid Al-Furqan
-sambil-sambil ajar anak muqaddam, anak-anak anda juga boleh belajar tajwid menggunakan buku ini

7.Poster Makhraj Huruf
-membantu anak anak menyebut huruf mengikut makhraj yang betul.poster yg sangat berguna untuk anda dan juga anak-anak anda

8.Panduan Amali Solat
-bila anak dah pandai mengaji, mesti ajar anak solat.Buku amali ini adalah panduan yg berguna untuk ajar anak-anak anda solat

Insyaallah mudah-mudahan  anak-anak kita cepat pandai mengaji dan istiqomah mengerjakan solat
 
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.

Keistimewaan Produk

Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Mengikut kaedah fonetik
Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
Kemahiran diperkenal secara bertahap
Illustrasi dan kad imbasan menarik

HARGA PRODUK RM85
 

Ziarah Orang Sakit

Menzirahi orang sakit memberi berpuluh-puluh rahmat bagi yang membuka mata untuk menceduk hikmah dalam setiap kunjungan. Berusahalah memudahkan keluarga yang kita kunjungi tanpa membebankan mereka dengan permintaan kita atau mengharapkan tuan rumah tersebut menjamu kita seperti kunjungan biasa.Saya bercakap berdasarkan pengalaman ketika arwah ibu terlantar sakit pada peringkat terakhir kanser beliau (Al-fatihah).

Dalam keluarga besar saya, yang paling saya terkesan adalah keluarga mak ndak saya yang sangat 'thoughtful' when it comes to a needy family.Setiap kali menziarahi arwah ibu, dengan proaktifnya, mak ndak akan membawa makanan seperti gulai dan lauk pauk untuk kami. Oleh sebab yang paling sulung adalah saya ketika itu berumur 25 dan adik-adik yang masih kecil, tiadalah sempat untuk kami memasak dengan baik sambil menjaga ibu. Jadi kedatangan mak ndak memang mengurangkan beban kami sedikit. [Jazakallahu khoiran kathira -semoga Allah membalas yang lebih baik lagi kepada keluarga mak ndak,Amin]. Tak lupa juga ada seseorang yang menziarahi dan meminta untuk makan tengahari di rumah kami dala situasi begitu dan boleh komplen pulak gulai kami tak sedap.[ Terima kasih kami ucapkan kerana memberi contoh sempadan supaya kami tidak menjadi seperti dia suatu hari nanti, Amin..]

Perkara yang mahu saya utarakan disini adalah,pada zaman sekarang ni.Menziarahi orang sakit tidak terbatas kepada rumah saudara,kawan atau jiran.Ziarah lah secara maya, dan ambil tindakan anda. Kata-semangat juga dapat dihulur dengan menekan butang komen. Apatah lagi untuk menyumbang hanya di hujung jari. Ambillah hikmah, bersyukur dan jadilah manusia yang berfikir dengan mind set JANNAH-ORIENTED pada setiap apa yang berlaku.

Di sini saya mengajak anda, rajinkan diri menziarahi sahabat kita Abang Abil, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang sakit.



Di sini saya letakkan jugala antara pahala menzirahi orang sakit yang saya ambil dari Dr Kamarul Azmi Jasmi 

Pahala Syurga dan Kebun-Kebunya yang Subur
Orang yang terdidik dengan amalan ziarah orang sakit ini diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. iaitu seolah-olah dia sedang mengumpulkan hasil kebun syurganya selama dia di samping orang sakit yang diziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda (Riwayat Muslim, 2001: 4658; Ahmad, 1994: 21355),


عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ T قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ T مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ

Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”
(Muslim)

Tuesday 12 March 2013

Resepi Nasi Kepal Untuk Kanak-kanak

Minggu lepas antara minggu paling kurang produktif.Saya tidak ke tempat kerja selama 2 hari.Tapi Alhamdulillah,tugasan yang penting sempat saya siapkan.Mana taknya minggu lepas anak saya demam.Dia demam bermula dari malam Sabtu,sampai Ahad. Jadi hari isnin petang kami bawak dia jumpa our favourite paediatrician:  Doktor Fadzillah Hj Ghazali ,tapi disebabkan klinik penuh,kami terpaksa pergi ke bahagian Out patient je la. 

Jadi bila dah demam ni, antara komplikasi yang membawa kepada konflik psikologi kepada ibu atau bapa adalah, bab makan. Jadi anak mula tak mahu makan.Bila anak tak mahu makan mestilah serabut mak kan? Akhirnya saya teringat status kenalan FB yang membuat nasi kepal ikan untuk anak-anaknya. Jadi saya cuba google lagi untuk resepi nasi kepal.Macam-macam stail yang saya jumpa.Tapi saya come out with my own style lah.Jenguk je ape yang tinggal dalam peti ais tu.Harapan saya supaya anak saya lalu makan hari tu.

Nasi Kepal/Impit Berinti Udang

Nasi putih biasa yang dimasak lembik dari biasa
10 ekor udang
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 lobak merah (dipotong dadu)
Sepokok daun bawang 
2 sudu minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan asas


Cara masak

1. Panaskan minyak zaitun.Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
2. Masukkan lobak merah dan goreng setengah masak.
3. Masukkan udang dan daun bawang.Goreng sehingga masak.Perasakan dengan garam dan lada hitam.


Bahan yang telah ditumis


4. Langkah terakhir, gaulkan nasi yang masih panas bersama tumisan udang tadi. Kepal-kepalkan dalam bentuk bulat atau masukkan dalam bekas kecil untuk dipadatkan mengikut bentuk bekas tersebut.Seperti membuat nasi impit.Buat beberapa bekas dan tunggu sehingga sejuk sedikit sebelum dihidang.



Selamat mencuba !

Boleh juga memasak menggunakan pemanggang ini. Serba kreatif masakan dengan pemanggang mudah ini.

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Friday 8 March 2013

Let's Play Elmo

Puppet book ni pernah sold out dulu dan berjaya di stock kembali.Sangat comel.Di Malaysia memang agak susah mencari puppet book ni.Kalau ada pun di Ebay.Jom jamu mata
 "Let's Play Elmo Says!" is safety-tested, surface-washable, and comes in a clear carrying bag that your child can take everywhere!
 AGES: 6 MONTHS TO 3 YEARS
SIZE: 8" X 8"
ISBN: 1-59292-198-1
PACKAGING: CLEAR VINYL CARRYING CASE




Puppet Book Elmo
RM32

Click here to ORDER!

Monday 4 March 2013

Set Buku dan Puzzle Upin Ipin

Dapatkan set buku dan puzzle Upin Ipin dengan hanya RM16
Postage ke semenanjung RM6
Postage ke Sabah?Sarawak RM9


Terdapat 3 pilihan puzzle untuk dipilih;

 
Puzzle 1
Puzzle 2
Puzzle 3

Nak order set ini dengan hanya RM16?
Klick order form di sini ---->> ORDER FORM!

Ipad AlifBaTa

Ipad Alifbata RM30
Muzhoffar (1 tahun) sangat sayangkan ipad Alif Ba Ta ni. Dia dah mula mengajuk2 perkataan/huruf/nombor yang disebutkan oleh suara ipad ni. Bila ada bunyi muzik, Muzhoffar goyang2kan badan cuba menari dengan alunan muzik yg didendangkan. Kelakar betul!

I-PAD Alif Ba TA- Membantu anak-anak belajar mengenal huruf Alif Ba Ta, mengenal nombor 1-10, mengenal perkataan dlm bahasa arab, memadankan perkataan, mengeja perkataan dan ada pelbagai pilhan muzik yg sangat disukai anak-anak

FUNGSINYA :

-belajar mengenal huruf alif ba ta
-belajar mengenal angka dalam bahasa arab
-belajar memadankan perkataan
-belajar mengeja perkataan
-game: dimana nombor 1, 2,3-10?
-game: dimana huruf alif ba ta?
-game: dimana perkataan
-muzik yang sangat menarik untuk kanak-kanak
-ada button slow dan kuat volume
-size 19cm x 24cm
-bateri AA 3biji

#Touch/Press Screen
#Looks Like A Real iPAD
#Using 3pcs AA Battery
#Cannot download Game
#No Wi-fi
#No Slide

Bahasa: Arabic/English
 

Nak order? isi order form DI SINI! 

Saturday 2 March 2013

Bisnes mainan kanak-kanak

Alhamdulillah, Little Muna's Playhouse semakin mendapat perhatian pelanggan-pelanggan, ibu-ibu prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka.Salah satu yang memeranjatkan saya adalah pelanggan mengetahui blog saya melalui search engine google.Alhamdulillah,maju setapak lagi.

Sekadar berkongsi,mulanya setelah saya mendapat seorang puteri saya sangat berminat membeli educational toys kepada anak saya yang ketika itu masih bayi.Tiap-tiap bulan saya akan sediakan duit untuk membeli edu toys yang ketika itu adalah barang-barang seperti soft toys, softbook dan playmat.

Kemudian saya beranikan diri dengan bermodalkan RM250 ketika itu, membeli softbook. Modal dan keuntungan itu saya 'pusing' sehingga menjadi semakin maju seperti sekarang. Pun begitu, saya masih kebelakang berbanding kawan-kawan yang menjadikan bisnes ini sebagai kerjaya.Saya sangat kagum.Mereka kebanyakannnya adalah suri rumah. Beruntungnya dapat fokus kepada anak, bekerja dari rumah dan menjana keuntungan lumayan. Successful SOHO [Small-Office-Home-Office].

Saya?Masih bekerja dan menjalankan bisnes ini secara part-time, sempat layan customer time malam je..Masih tekun belajar untuk 'improve'kan lagi bisnes ni. So,well said. Jom tengok e-book panduan bisnes mainan dari otai bisnes mainan malaysia

http://tinyurl.com/bisnesmainanku3782  


Klik disini untuk melihat panduan bisnes mainan http://tinyurl.com/bisnesmainanku3782