Thursday 27 June 2013

Ibu saya yang kaya

Kami dibesarkan dalam keluarga yang agak kekurangan dari segi material.Enam adik beradik tanggungan ayah yang bekerja sebagai pembantu makmal di universiti.Ibu membuat nasi lemak dan kuih seperti karipap,lompang dan bengkang.Kemudian bila cukup modal ibu menumpukan sepenuh masa untuk mengambil upah jahit.Hidup serba kekurangan,tapi kami sekeluarga tak pernah mengenal apa itu lapar.Makanan Alhamdulillah sentiasa mencukupi dan sedap-sedap belaka hasil air tangan ibu.Makan di luar- satu yang sangat asing dalam agenda kami apatah lagi bercuti, memang tak pernah pun pergi sekeluarga dek kerana kos yang mahal.

Sewaktu saya masih kecil dengan adik-adik yang sedang membesar,kami tidak mampu membeli kereta.Tapi dalam kesempitan itu pun ayah dan ibu mampu memiliki 2 rumah. Sebuah disewakan, sebuah lagi tempat tinggal kami sekeluarga.Oleh sebab tidak mampu berkereta waktu itu, jadi sebagai kanak-kanak, mana-mana keluarga yang memiliki kereta pada pandangan saya adalah kaya.Status dinilai berdasarkan kereta (kesilapan besar menilai kekayaan - di waktu itu lah).

Sebagai kanak-kanak lazimnya kita bercerita kepada ibu.Topik yang saya bualkan tentulah mengenai kawan-kawan dan keluarga mereka yang 'kaya'.Dengan nada teruja saya bersembang dengan ibu "mak depa tu kaya...ada kereta..ada ini dan itu". Dengan penuh hikmah ibu saya menjawab "Alah..kita pun kaya jugak, rumah kita ada 3 kipas berdiri, ada 3bilik, kita ada 2 dapur...". Ibu berkias dengan benda-benda material dahulu.Kemudia beliau menyambung lagi "Jangan lupa..kita ada 2 tangan, 2 mata, 2 telinga, 2 kaki..apa? Tak kaya lagi ka macam tu".

Bak kata cerdik pandai hari ini, itu adalah paradigma kekayaan yang ibu tanamkan kepada kami. Minda dibawah sedar kami diisi dengan kekayaan yang Allah anugerahkan.Jadi setelah saya dewasa, kekayaan tak pernah menggoda saya.Kerana minda bawah sedar saya tertanam yang saya telah cukup segala-galanya. Harta dan wang bukan matlamat. Itulah hasil didikan ibu. Jadi saya sangat merasakan sepanjang hayatnya ibu saya adalah orang yang paling kaya.Anak-anaknya pula ada 6 orang.

P/s : Walaupun ibu saya seorang yang kaya,tetapi kalau pembaca sudi sedekahkah Al-fatihah buat beliau,tentu beliau bertambah-tambah kaya dan gembira di sana. Al-Fatihah.





Tuesday 25 June 2013

Resepi Kanak-Kanak : Jagung Berkeju

Sebagai ibu smestinya kita sangat mengambil berat tentang apa yang anak kita makan. Sedaya upaya kita berikan makanan sehabis baik,natural,bebas MSG dan transfat serta sangat berkhasiat untuk anak-anak. Pendek kata halalan-toyyiban.

Tetapi bila dalam perjalan yang jauh [berkereta].Kita kurang mampu mengawal.Manakan tidak,kalau di R&R kita nak belikan dia bubur, dia nampak burger,KFC dan 101 jajan pulak.Akhirnya dia kekenyangan makan jajan.Tak berupaya mengawal segala apa di dalam 'plastik beracun' itu.MSG,pewarna jauh sekali zat nya.

Jadi apa kata kita cuba resepi jagung berkeju paling mudah ini.Waktu yang diperlukan singkat,lagipun anda tidak perlu tengok keadaan jagung.Cuma stim dan biar sampai masak.Jagung seseungguhnya mengenyangkan kanak-kanak,berkhasiat,lazat dan mudah untuk dimakan.Maksud saya,tidak mengotorkan kereta atau sebagainya.Jom Cuba!

Bahan-bahan.
Jangung mengikut jumlah anak.
Sekeping keju [untuk sebatang jagung]
Butter
Dan sedikit garam

Cara-cara
1.Stim jagung sampai masak
2.Perasakan dengan sedikit butter dan garam.
3.Potong keju dan letakkan pada jagung yang masih panas
Selamat mencuba!

Belum sempat 'snap',dah ada yang 'ngap' Jagung Berkeju ni.

Tengok,berselera sungguh anak solehah ni menjamu selera dalam perjalanan.

'Kita tidak patut meremehkan pekerjaan pekerjaan ibu yang menguruskan dapur kerana dapur adalah sumber kesihatan kita.Kesibukan di dapur sebenarnya mampu menyelamatkan umat manusia.Quran secara terang-terangan ada menyarankan supaya kita memakan makanan segar'

"Dialah yang memudahkan laut,supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar" Surah An-Nahl,ayat 4

Dipetik dari buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' terbitan PTS.

RASULULLAH IS MY DOCTOR
RM25

Beli buku ini dari kami dengan SMS kepada Fauziah 019 772 2314 untuk sebarang pertanyaan atau order.


Friday 21 June 2013

Aktiviti petang di Denai Alam Recreational Club - Episod 1

Aktiviti hujung minggu
Antara tempat yang kami suka mengisi waktu petang yang senggang adalah di DARC (Denai Alam Recreation Club). Terletak bersebelahan sahaja 'residential area' Denai Alam.Weekend lepas suami saya membawa si kecil ke sana untuk melihat-lihat kuda. Pergi ke bahagian "joy-ride" beratur orang menunggu giliran "joy-ride". Sebagai ahli, percuma "joy ride" pada bila-bila masa. Tetapi bagi bukan ahli bayaran RM10 dikenakan untuk 1 sessi. Bolehla.. untuk merasa naik kuda, semasa saya mencuba "joy-ride' sebelum disahkan mengandung dulu. Memang 'excited' sangat.Terus saya mendaftar 'membership' (RM180/setahun/sekeluarga). Size kuda besar untuk orang dewasa, dan 'pony' untuk kanak-kanak.
Ready with her riding gear (kononnya!)
Minggu lepas,tiba-tiba anak saya yang baru berusia 2 tahun berkata 'nak naik kuda,nak naik kuda..'. Sudah!Berminat pulak.Apalagi, suami saya naik bersama-sama dengan si kecil tu la..Kagum,sebab dia berani.Kemudian, selang 2 hari anak saya demam.Pagi-pagi lagi dah minta 'nak naik kuda..nak naik kuda'. Jadi petang itu, bila keadaannya kembali sihat,saya bawak dia ke sana.Kali ini dia naik 'pony' sendirian.

Feeling good.

Kena bagi semangat di sebelah
Selain banyak aktiviti untuk orang dewasa juga, ada sangkar arnab,merak dan kura-kura. Jadi semestinya haiwan-haiwan ini tarikan utama kanak-kanak. Terdapat aktiviti memberi makanan kepada kuda. Iaitu lobak merah, sepaket RM5. Jadi pekerja 'stable' akan bawa anda untuk memberi makanan kepada kuda. Memang sangat memberi pengalaman baru untuk anak. Biarkan si kecil merasainya dan buka seluas-luas ilmu untuknya.Selepas 'joy-ride' kami bawa si kecil bermain trampoline. Sampai jumpa lagi
Teruja tengok arnab-arnab comel. Bersebelahan sangkar arnab ada sangkar burung merak.Sempat kami tengok telur burung merak, agak besar sedikit dari telur itik.

Pandangan tempat latihan
Hoarse stable: ada kemudahan memberi makan kuda kepada pengunjung.
Website rasmi DARC : http://www.darcsel.com.my/
DARC dalam siri KEMBARA : http://www.youtube.com/watch?v=C9cv0mvOibM

Thursday 20 June 2013

Pemeriksaan Kandungan Di Klinik Kesihatan (Episod 1)


Hari ini adalah hari pertama pemeriksaan kandungan saya di klinik kesihatan.Hari pertama bila membuat kad temujanji anda mesti hadir ketika sessi pagi. Ini kerana lebih banyak prosedur bagi ibu-ibu yang baru membuka kad di klinik kesihatan. Klinik kesihatan di tempat saya menerima tidak kurang dari 100 pemeriksaan ibu hamil di kawasan mereka. Kepadatan penduduk di kawasan kami tinggi.

Suasana di Klinik pagi itu

Seawal pukul 7.45 pagi saya sudah muncul di klinik dan nombor yang saya dapat adalah 62.Jam belumpun menunjukkan 8.00 pagi, sudah 62 ibu hamil yang dah mengambil nombor giliran masing-masing. Ini tidak menghairankan saya kerana semasa mengandungkan anak sulung, ada ibu-ibu yang datang seawal 6.30 pagi untuk mengambil nombor giliran.

2 jam berlalu, saya dah buat kad,jalani ujian air kencing,timbang berat dan ukur tinggi. Tetapi nama untuk berjumpa misi belum juga dipanggil.Phew...!Istighfar dan positifkan diri. Sempat saya uruskan bisnes online saya melalui facebook kami FB page/RumahKedai . Baru menunggu nak pre-natal check, bukan menunggu dihisab di mahsyar. Reset minda semula.

Ok,bagi ibu-ibu yang baru mula untuk melakukan pemeriksaan di bawah saya sertakan tips-tips menghadiri pemeriksaan;

1- Selepas mendapati puan tidak datang haid lebih dari seminggu. Beli 2 'pregnancy test kit' dari jenis yang berlainan. Sekadar untuk yakin bahawa keputusan ujian di rumah anda benar-benar jitu. Jika muncul 2 garis,tahniah saya ucapkan.Anda bakal menjadi ibu 9 bulan dari sekarang. Catatkan dari hari pertama, haid terakhir anda.Maklumat ini penting untuk pengiraan usia kandungan dan tarikh bersalin anda.

2- Sahkan keadaan kandungan anda dengan ujian scan di mana-mana klinik yang mempunyai perkhidmatan scan. Antara tujuan scan adalah untuk mengetahui kedudukan janin anda,samada dalam atau luar rahim,mahupun di tiub falopio. Simpan gambar scan anda untuk di bawa ke klinik kesihatan nanti.

3- Datang ke klinik awal untuk 'buka' buku dengan klinik tersebut. Antara dokumen yang perlu ada adalah gambar scan anda dan info seperti kad pengenalan suami.Jikalau ada sejarah kesihatan berkaitan rahim,kanser,fibroid atau sebagainya, mesti dibawa bersama.

4- Ini tips peribadi saya, bawa barang-barang ni bawah bersama anda;
 a) Air lebih kurang 1 liter - masa yang diambil panjang, ada ujian kencing,suasana yang agak panas      pastinya membuat anda dahaga. Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
b) Bawa gula-gula, kismis, coklat atau apa sahaja yang boleh mengembalikan tenaga dan 'to kill time'.
c) Bawa majalah, surat khabar, novel atau apa sahaja bahan bacaan bermanafaat untuk anda isi masa ketika menghadiri temujanji.
d) Pastikan anda bersarapan sebelum ke klinik atau bawa bekal bersama anda.

5- Sabar dan bertolak ansur (Easier said than done)

Saya dapati misi-misi di klinik kesihatan bekerja dengan cepat . Cuma terlalu banyak pesakit yang menjalani pemeriksaan. Sepanjang saya tengok, mereka cuma bangun untuk ke tandas atau minum. Semestinya mereka bersarapan dahulu setiap pagi, kalau tak bagaimana nak melayan semua pesakit. Jumlah kaunter ada 3, laju. Perbandingan ini saya buat dengan misi di sebuah hospital bersalin di kawasan berdekatan, selain tidak mesra pelanggan,misinya agak banyak masa terluang, lalu mereka bersembang-sembang dan 'touch make up' di kaunter. Walaupun swasta, saya terpaksa menunggu sungguh lama. Walau apa pun. Anda digalakkan mencuba dan mencari 'feedback' tentang klinik-klinik di internet ataupun dari kenalan anda. Pilihlah yang paling berkenan dan sesuai dengan penilaian anda.

Sampai berjumpa lagi, terima kasih misi-misi Klinik Kesihatan Kampung Melayu Subang.

Ramai,sampai ke bahagian luar klinik

KETAHUI CARA URUS URI DI SINI >>

  >>CARA MENGURUS URI DENGAN MUDAH



Thursday 6 June 2013

Resepi Kanak-Kanak : Breakfast Toast Cup

Resepi ni rezeki cuti Wesak day kami yang lepas.Syukur. Terinspirasi dari idea Celina dalam Master Chef Celebrity. Anak dan bapak memang makan dengan berselera sekali. Mana taknya,sekali sekala masak lain dari yang lain.Menarik,berkhasiat dan cepat disediakan.Puan-puan boleh pelbagaikan intinya.Pakai 'left-over' lauk semalam pun boleh. Asal ikut citarasa masing-masing, sesiapa suka kari boleh letak inti ala kari, yang minat creamy boleh pelbagaikan dengan mushroom soup dalam tin.Tak lupa juga yang rajin bereksperimen, macam-macam boleh divariasikan =) yang penting boleh menambat hati keluarga terutamanya anak-anak. (ye la bukan senang nak pujuk si kecil makan kan?..)

INTI ;
1biji bawang besar ( di dadu)
3 ulas bawang puting ( di cincang )
6 biji koktel sosej (di dadu besar)
6 biji cendawan (dihiris)

TOAST CUP :
6 keping roti di buang kerak
6 biji telur bersaiz kecil
Sedikit mentega untuk di oles atas muffin cup

Cara membuat inti :
1. Tumis bawang putih dan besar
2. Masukkan cendawan yang dihiris dan masak hingga layu.
3. Masukkan sosej dan angkat

Cara membuat toast cup :
1. Oleskan mentega pada muffin cup. Letakkan roti dan lekapkan seperti base cup dalam muffin cup.
2. Masukkan inti yang telah dibuat tadi.
3. Pecahkan telur dalam muffin cup tadi.
4. Bakar dalam ketuhar dalam suhu 150 celcius sampai telur masak.

Roti dibuang kerak tepi
Letakkan inti atas citarasa masing-masing

Pecahkan telur dalam setiap cup

Toast cup siap dihidang.Lazat !
SELAMAT MENCUBA
Jika tiada oven dirumah,boleh juga dimasak menggunakan pemanggang ini.Tutup pemaggang dan haba di dalam pemanggan tidak keluar,seperti mana fungsi oven mini.Serba kreatif masakan dengan pemanggang mudah ini.

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan
Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru