Sunday 13 July 2014

RESEPI NASI ARAB MAQLUBA

Jom masak nasi arab.Sebagai penjual rempah arab,soalan yang saya dapat adalah; apa beza rempah maqluba,mandy dan khabsa?

Jadi hari ni saya cerita sikit.Saya bukan pakar.Ini yang saya boleh cerita sedikit mengenai nasi maqluba yg saya tahu dengan pengetahuan saya yang terhad.Please don't  quote me.

Nasi arab maqluba popular di Palestine yang saya tahu.Di wikipedia katanya makanan tradisi Iraq dan Parsi.Maqluba bermaksud periuk terbalik.Apa yang terbalik?Ok,sayur-sayuran akan disusun dibawah periuk,kemudian nasi dimasak di bahagian atas.Jadi bila nasi maqluba dihidangkan,mereka akan terbalikkan periuk dan jadilah begini;



Gambar ihsan: google
Sebagai individu saya sangat suka nasi arab maqluba sebab banyaaak sayur-sayuran.Jom tengok resepi.

RESEPI NASI ARAB MAQLUBAH AL BAYT


BAHAN-BAHAN

BAHAN UNTUK NASI

beras basmathy 450gm [utk 4-5 orang makan]
rempah serbuk maqluba
rempah tumis maqluba
****semua terdapat dalam set rempah al-bayt

Set dalam pek

BAHAN UNTUK SAYUR MAQLUBA

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
5 biji terubg [dihiris bulat]
2 biji kentang
200 gm bunga kubis [saya ganti dengan brokoli]
1 batang cili hijau
2 biji tomato
minyak masak
garam [halagel]

PERHATIAN;

1 1/2 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk perapan ayam
1 sudu besar rempah serbuk maqluba untuk masak nasi

****kentang,terung dan bunga kobis digoreng terlebih dahulu tanpa garam

BAHAN UNTUK AYAM 

5 ulas bawang putih dikisar
11/2 sudu rempah arab maqluba
garam dan 1 sudu minyak

Semua bahan-bahan dilumur dan perapkan kepada ayam.Saya panggang menggunakan pemamanggang ajaib.Panggang mengikut citarasa andaMinyak lebihan ayam panggang disimpan untuk masak nasi nanti.
saya tambah bawang besar dan serbuk black pepper [lidah melayu,mesti nak pedas2 sikit]

CARA MEMASAK NASI 

1.rendam beras selama 20minit dan toskan
2.1ulas bawang besar,5 ulas bawang putih dan 1sudu rempah maqluba dikisar.Tumis bersama rempah hidup [pelaga,cengkih dan kayu manis yg terdapat dalam perk rempah].
3.Tumis dan masukkan 650ml air.Biarkan iamendidih
4.Susunkan 1 ulas bawang besar,kentang goreng,terung,bunga kobis dan tomato dalam rice cooker.
5.Masukkan beras yang ditoskan beserta tumisan rempah tadike dalam rice cooker [diatas susunan sayur tadi]
6.Masukkan 2sudu garamdan 1 batang cili hijau
7.Tanak nasi sehingga 80% masak,kemudian masukkan lebihan minyak ayam panggang.Gaul perlahan-lahan.
8.Biarkan sehingga masak.

Siap.Alhamdulillah.Jom tengok nasi saya dan juga gambar-gambar kiriman pelanggan
Ini yang saya masak,saya letak sayur di atas
Saya makan bersama sos harrah arab.Nanti saya akan bagi resepi ye.Insyaallah.Dah syukur cukup sedap dah.
Syikin,dari Subang masak dan jamu keluarga
Lina Harlina,pun masak
Kak Nor dari Cheras dah masak..sedap katanya
Menteri Besar Kelantan,belek-belek nasi arab Al-Bayt.
Nak beli rempah arab Al-Bayt?Ada 4 jenis MAQLUBA AYAM,KHABSA AYAM,MANDY AYAM & MANDY KAMBING.Boleh hubungi saya di 017.223.5362.

Harga sekotak RM15
Selamat mencuba di rumah

No comments:

Post a Comment