Monday 25 August 2014

Homemade stok ayam [Tanpa MSG]

Dalam entry kali ni saya akan tunjukkan cara-cara membuat stok ayam versi saya.Dan saya kongsikan juga cara penyimpanan stok ayam.Lepas tu kita belajar pula satu resepi kanak-kanak lebihan dari bahan-bahan yang kita buat stok tadi.Kiranya macam stok ayam 'by products' lah.

Rezeki beli ayam 'weekdays', almaklumlah tak ramai orang.Jadi banyak rangka ayam,leher dan kaki lebihan dijual dengan murah.Saya beli sekilo lebih barang-barang tu dengan harga RM5.50.Murah.Syukur..



HOMEMADE STOK AYAM 

BAHAN-BAHAN

1 kilo rangka ayam [boleh juga guna kaki ayam atau leher ayam]
2 biji bawang besar di belah empat
5 ulas bawang putih
1 bunjut rempah sup
2 batang lobak merah di potong besar-besar
2 biji ubi kentang dipotong 4
Air yang banyak
sedikit lada sulah

***boleh juga masukkan seleri.Jika anda lihat resepi westerners,memang mereka selalu gunakan seleri

CARA MASAK

1. Masukkan semua bahan di atas di dalam periuk dan renehkan selama 2 jam pada api perlahan atau sehingga isi ayam mula empuk dan lerai dari rangka.Ada tips menyatakan masak sehingga air berkurang menjadi 1/3 dari yang kita masukkan tadi
2.Apabila sudah masak,masukkan lada sulah
3.Tapis semua bahan-bahan dan air yang tinggal itu lah dinamakan stok ayam
Rupa sewaktu ayam direneh

CARA PENYIMPANAN STOK AYAM

DEEP FREEZER

Stok ayam boleh disimpan seperti kiub ais dan dimasukkan dalam bekas membuat kiub ais.Ini amat memudahkan kita bila kita ingin menggunakan stok dalam kuantiti kecil dan kerap.Contoh digunakan dalam resepi-resepi bayi.Stok ayam ini boleh disimpan sehingga 3bulan.Contoh stok ayam dalam cube
Credit pic ; http://threeblondesandatomas.wordpress.com/

PETI AIS BAHAGIAN BAWAH

Boleh juga disimpan di bahagian peti ais bawah tetapi stok ayam tahan selama 2-3 hari sahaja.Ini contoh penyimpanan yang saya buat
Comel tak bekas saya?
Sebenarnya saya dapat banyak sangat stok.Ada yang saya simpan dalam 2 bekas besar, 500ml setiap satu.Dalam gambar adalah stok untuk saya bekukan untuk kegunaan bubur bayi saya.

APA NAK BUAT DENGAN LEBIHAN AYAM DAN BAHAN LAIN?

AYAM

Isi ayam yang empuk lembut tadi boleh diceraikan-ceraikan.Gunanakan sebagai rencah untuk nasi goreng.Isi tadi juga boleh di kisar bersama bubur untuk makanan bayi.Anda boleh cerai-ceraikan dan campur dengan mayonis dan sedikit lada putih.Campuran ini sesuai dijadikan inti sandwich anda-sandwich ayam.Boleh juga dijadikan topping pizza-pizza ayam.Jadi kreatif,masukkan dalam roti pita atau wrap.Pasti sedap!

KENTANG DAN LOBAK 

Kisar kentang sahaja dan anda boleh gunakan untuk resepi kentang putar.Saya kisar kentang,lobak dan sedikit ayam tadi untuk jadikan puree yang sedap untuk bayi saya

RESEPI KANAK-KANAK [PIZZA AYAM]

Resepi ini menggunakan bahan-bahan dari lebihan stok ayam tadi;

BAHAN-BAHAN MEMBUAT TOPPING PIZZA AYAM

2 keping roti sebagai roti pizza [resepi kanak-kanak...]
3 sudu isi ayam dicerai-ceraikan [diambil dari rangka ayam tadi]
2 sudu mayonis
1/2 biji tomato didadu
sedikit lada sulah
sedikit herbs
4 sudu mozarella cheese

Baby chef beraksi

CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan ayam,mayonis,herbs dan lada putih kedalam mangkuk dan gaul sebati.
2.Ratakan campuran tadi diatas roti.
3.Letakkan tomato didadu tadi diatas roti.Taburkan cheese ke atas roti.
4.Masukkan ke dalam oven dan masakkan sehingga cheese cair.

Siap!Sedap.
Selamat mencuba buat stok ayam dan pizza mudah ini.
==============================================================

Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak 



3 comments:

  1. first time nak buat stok ayam utk anaknda <3
    Tiru resepi dari blog ni. tQ :)

    http://littlemunas.blogspot.com/2014/08/homemade-stok-ayam-tanpa-msg.html

    ReplyDelete
  2. Saya pun first time nk buat stok ayam...

    ReplyDelete
  3. Saya pun first time nk buat stok ayam...

    ReplyDelete