Friday 7 March 2014

Buku Ahmad Ammar

Ahmad Ammar,sebuah kematian yang hidup.Tak perlu diperkenalkan lagi tokoh syahid remaja kini yang namanya harum menjadi sebutan.Allah angkat darjatnya,dikenali setelah meninggalkan dunia ke negara abadi dengan paling gemilang.

Buku Ahmad Ammar ini memang sesuatu yang anda harus anda miliki.

HARGA: RM23

Selain itu saya nak mewar-warkan promosi parenting book atau buku keibubapaan untuk tatapan pembaca blog littlemunas.
Kombo buku-buku tokoh sepanjang zaman.

Parenting book/buku keibubapaan
Setakat ini dahulu.Ringkas sahaja catatan kali ini because we are away from home.
Singgah-singgah website kami www.littlemunas.com

Monday 3 March 2014

DIY Edible Paint

Aktiviti kanak-kanak kali ini membawakan alkisah membuat DIY edible paint sendiri di rumah.Ini sedikit ringkasan aktiviti buat edible paint dan menghabiskan masa buat aktiviti kanak-kanak dengan anak saya.
DIY EDIBLE PAINT
Bahan-bahan untuk 3 warna

2cawan tepung gandum
2sudu garam (sebagai pengawet)
3 jenis pewarna makanan
Air mengikut kepekatan yang disukai

Cara membuatnya;
1.Gaulkan tepung bersama garam.Untuk hasil warna dan tekstur lebih menarik,atau kalau anda rajiiiiiiin,boleh diayak adunan ini.
2.Campurkan air mengikut kepekatan yang disukai
3.Masak sebentar diatas api hingga sebati
4.Bahagikan kepada 3 adunan dan mula campurkan dengan warna yang disukai.Kacau hingga sebati.Siap!

Tips : 
# Untuk membuat lebih banyak warna,gandakan kuantiti tepung dan bahan-bahan
# Gunakan air yg sedikit untuk mendapatkan warna dan tektur yang lebih pekat,ala-ala color buncho gitu.

Senang je kan?Dok kat dapur boleh buat sambil-sambil je ye.Tak payah susah2.Kalau anda buat aktiviti kanak-kanak seperti finger paint.Boleh je kalau anak-anak terjilat warna ni.Rasa masin!Tak bertoksid langsung.Itu yang penting.Mudah dan murah

Jom tengok aktiviti mewarna lepas siap paint tu

Ready!
On your mark!

Contiang-contiang (lukis-lukis)
Malam pon minta nak warna lagi
Selamat mencuba.

Visit our website ya! www.littlemunas.com