Monday 27 October 2014

Softbook untuk bayi [6bulan ke atas]

Softbook pilihan ibu-ibu untuk bayi 6 bulan ke atas

Hari ni kita lihat-lihat softbook yang ada di kedai saya untuk 6 bulan ke atas.Pada waktu ni dia sangat suka pegang memegang.Semua benda nak dicapainya.


Tajuk-tajuk softbook

1. WHERE IS ELMO

Memang comel.Anak saya yang 2 tahun tu,memang dari kecil suka softbook.Untuk softbook ni ada aktiviti yang kita buat semasa membaca.Jalan ceritanya adalah bermain 'peek-a-boo' mencari elmo.Jadi anda boleh main,selak bawah meja,belakang tuala dan lihat dalam cermin untuk mencari Elmo.Jom tengok isinya.
Didatangkan dalam beg lutsinar
Flip the hat and try to find Elmo
Elmo is behind the towel [flip the towel]
Elmo is under the table. Angkat sarung meja.
Kesesuaian umur 6bulan ke atas.

2. EMILYS DAY

Peminat Emilys Day adalah ibu-ibu yang ada anak perempuan.Yang mana mempunyai anak lelaki,buku ini masih relevan.Alkisahnya mengenai aktiviti Emily hari tu seperti bermain macam-macam.Kesesuaian umur 6bulan ke atas.
Topi dan muka timbul.Boleh bayi anda sentuh-sentuh

Beraktiviti-buka dan lihat apa yang Emily main

3. PEEKABOO

Peekaboo ni jenama lamaze.Kualiti antarabangsa.Dengan warna dan kartunnya memang saya puas hati.Dia melatih sensory sentuhan anak anda juga.Bagi yang masih kecil,ramas-ramas rambut baby boy pada muka depan.Aktivitinya,main peekaboo dengan mummy,daddy,grandma,grandpa,kitty dan puppy.Kalau kena gaya cerita cak2!anak saya tergedik-gedik gelak.Seronok atau tidak sesebuah buku,bergantung juga kepada imaginasi ibu-bapa yang menjayakan aktiviti tu.

Contoh muka depan dan didalam


Credit:http://scarab.happy.ph
Yang paling saya suka,material dia cotton.Bukan polyester material.Kesesuaian umur 6 bulan keatas


HARGA RM28/per unit
Beli 2 RM50

Bagaimana membuat pembelian?
Whatsap ke 017 223 5362 untuk pertanyaan dan order



Sunday 19 October 2014

Baking with kid [PEANUT BUTTER COOKIES]

RESEPI KANAK-KANAK 

Aktiviti petang Sabtu kami isi dengan masak peanut butter cookies.Sedap dan senang nak buat.Saya tak pernah sangka.Sampai saya belek-belek buku cooking with kids kat dapur saya tu.

Saturday 18 October 2014

Telekung Kanak-Kanak [Stock Clearance]

Harga kurang dari biasa

Salam semua,kali ni jual kurang dari harga biasa telekung-telekung ni sebab nak clear stock sedia ada.Ada 4 warna semuanya dan diperbuat dari kain lycra.

Maklumat mengenai telekung kanak-kanak

Ini sedikit sebanyak info mengenai telekung ini

>material lycra
> size kecil sesuai untuk 2-7 tahun
> size besar sesuai untuk 8-12tahun

SENARAI HARGA

HARGA SEBELUM SALE; KECIL RM59
HARGA STOCK CLERANCE; RM45

HARGA SEBELUM SALE; BESAR RM69
HARGA STOCK CLERANCE; RM55


Sunday 12 October 2014

Playgroup Percuma Di Rumah

Alkisah dan perkongsian playgroup sukarela di rumah

Bertitik tolak apabila playgroup anak saya tidak lagi beroperasi di sekitar kawasan rumah saya.Saya tercari-cari aktiviti mingguan untuk anak saya bersosial,bermain,berinteraksi dan mengasah kreativitinya.Selama 9 bulan selepas saya mengambil keputusan bekerja dari rumah,anak saya hanya bermain dengan anak kepada rakan saya.Mereka bermain seminggu sekali secara playdate dan tiada bimbingan spesifik.Selepas menyertai SEMINAR AJAR ANAK MEMBACA oleh team Puan Nik Eliani,saya nekad menganjurkan playgroup secara sukarela di rumah.Di bawah saya kongsikan bagaimana saya menganjurkan playgroup.

Gambar ihsan;http://www.frcec.org/

Thursday 9 October 2014

Pengalaman Saya 'Potty Train' Anak Saya [Umur ;3tahun]

Salam.Jika anda menjaga anak sepenuh masa,potty training period adalah antara waktu paling mencabar bagi saya.Saya mohon pada Allah diberi keampunan kepada saya kerana memarahi anak mengikut emosi ketika proses ini berlangsung.Ya,saya jadi MOMSTER!Sesungguhnya bukan salah mereka,tapi kebanyakan ibu bapa marah kepada anak-anak disebabkan faktor luar,seperti letih menguruskan rumah tangga,tak mendapat perhatian suami,stressdi tempat kerja dan lain-lain [menurut survey Prof Rozieta Shaari].Kembali kepada tajuk tadi,saya klasifikasikan anak saya berjaya 'potty trained' Level 2 dah sebab dia sudah tak perlu memakai pampers walaupun dalam perjalanan jauh seperti balik kampung.Alkisahnya begini

Gambar Ihsan ;http://www.parents.com

Tuesday 7 October 2014

RANSANGAN PENDENGARAN UNTUK BAYI [Bahagian1]


Ilmu-ilmu dibawah saya kutip dan ambil ketika Seminar Ajar Anak Membaca Awal pada 23 September lalu di Shah Alam

Bagaimana merangsang pendengaran bayi?

TIPS 1:MENCARI BUNYI


Dari dalam rahim ibu bayi sudah mula mendengar.Sebab itu bagi muslim digalakkan memperbanyakkan membaca Al Quran ketika mengandung.Sebaik sahaja dilahirkan.Si kecil di azankan.Pendengaran si kecil berkembang lebih awal berbanding penglihatannya.Pada gambar slide Puan Eliani di bawah antara rangsangan pendengaran bagi bayi adalah mencari bunyi.

Caranya,mainkan rattle di kiri atau kanan.Depan,belakang dan mana-mana sahaja dan lihat respon bayi sambil bermain dengannya.

Tak perlu beli rattle mahal atau berjenama.Anda boleh buat sendiri.Ambil bekas air mineral atau mana-mana bekas yang sesuai.Masukkan kacang hijau atau beras atau syilling.Atau apa2 sahaja mengikut kretiviti ibu untuk menghasilkan pelbagai bunyi.