Wednesday 7 October 2015

Kisah Booth Yang Kami Sertai

Throwback booth yang kami sertai dalam bulan terdekat ini;

+Booth bulan Ogos,suasana glamour di KPJ Damansara.

+Booth bulan September,dipukul ribut di Forum Perdana dianjurkan di SMAP Kajang.Tengah padang sayang..

+Booth bulan Oktober :
23-25 Oktober ni di Mom&Baby Expo,Plaza Masalam.Kita tengok apa cerita booth kali ini.Lama-lama kita boleh buat kompilasi cerita-cerita booth.
Anda jangan tak datang.Saya tak sabar nak jumpa 'mem besar' kedai barang baby yang lain.Jumpa di Plaza Masalam.
Insyaallah saya akan sambung di entri akan datang.

Friday 31 July 2015

Jubah Flower Girl Muslimah

Musim kenduri kendara datang lagi.Meriahnya berganti-ganti,kemuncaknya hujung tahun ni.Kami dengan sukacita kali ini,menampilkan warna baru jubah kami sempena sama-sama mewarnai kegembiraan menyambut ahli baru dalam keluarga.Little Muna's membawakan koleksi baju flower girl.

Warna Baru

Kalau duduk kembang macam princess

Biru baju ni sama dengan biru baju Elsa

Anggaran saiz dan umur

Saiz jubah tidak tertakluk kepada umur,tetapi kepada ketinggian kanak-kanak.Disini saya berikan panduan size secara am. Saiz dan umur berbeza mengikut ketinggian,saya mohon ibu-ibu ambil ukuran anak dan buat perbandinga dengan saiz chart untuk mendapatkan saiz yang tepat.

Harga dan cara belian

RM69 untuk saiz 16-22
RM75 untuk saiz 24-28

Harga tidak termasuk pos.
Cara belian,telegram atau whatsap ke 017 223 5362 atau belian terus dengan PM facebook kami >> Muslim Kids Clothing

Thursday 30 July 2015

Alas tilam kalis air untuk kanak-kanak

Alas tilam kalis air untuk kanak-kanak,orang sakit dan orang tua yang uzur

Pelapik tilam kalis air di kedai kami kali ni istimewa sikit.Datang dengan pelbagai warna dan saiz.3 saiz kami jual iaitu single,queen dan king.Kalau guna alas tilam kalis air yang lain,ok juga.Cuma kecil.Kalau anak anda tak lasak boleh le.Anak saya habis terpusing pelapik tu...last sekali basah juga tilamku.

Tips pilih alas tilam kalis air

Saya tulis ni berdasarkan pengalaman menggunakan alas tilam yang lain sebelum ini.Iaitu jenis kecil saja,tak sampai 1x1 meter pun.Menutupi punggung,tapi kanak-kanak tidur buas,jadi bergerak sana-sini.Alih-alih kena jugak air kencing pada tilam
  1. Pilih alas tilam yang besar.Biarkan ia meliputi seluruh tilam.Ini bagi menjamin bahawa air kencing tidak masuk ke tilam dan mengotorkan tilam anda.Hapak nanti.
  2. Pilih alas tilam yang jenis fitted.Maksudnya ada getah ringkas dan boleh diikat pada tilam supaya ia tidak bergerak ketika anak tidur buas
  3. Pilih material yang ringan dan memudahkan kerja pembasuhan walaupun menggunakan tangan.
  4. Pilih material yang tidak panas.
Alas tilam meliputi seluruh tilam

Panduan penggunaan alas tilam kalis air ini

  • Pilih alas tilam mengikut saiz tilam anda.Kerana alas tilam ini mempunyai saiz seperti tilam.Bentangkan pada tilam seperti ini.

  • Kemudian,gunakan getah yang terdapat pada setiap penjuru alas tilam dan selit pada tilam anda supaya ia tidak bergerak.Lihat gambar getah alas tilam
Getah penyangkut pada tilam

  • Tegangkan katil dan bentangkan cadar biasa di atasnya.Apa bila anak kencing,cadar akan basah,tetapi alas tilam mengelakkan air kencing terkena tilam.Cadar boleh dicuci seperti biasa.

  • Jika anda tidak mahu letakkan cadar di atas alas tilam pun tak per.Ada pelanggan yang letak terus alas tilam sebagai cadar kerana materialnya tidak panas.

Keistimewaan Produk

>> Pelapik tilam kalis air ini lebih besar dan meliputi seluruh tilam anda
>> Mudah dibasuh kotorannya sebab ia kalis air
>> Terdapat getah untuk disangkut pada tilam seperti gambar ini.Tiada lagi masalah pelapik tu bergerak-gerak lari tempatnya sewaktu tidur.
>> Terdapat 3 pilihan saiz; SINGLE,KING&QUEEN
>> Terdapat 3 pilihan warna; Biru,pink dan purple

Cara membasuh

Seeloknya basuh dengan cucian tangan.Kerana ia cepat kering dan memanjangkan jangka hayat alas tilam.

Tips :basuh bersama dengan cadar lain menggunakan mesin.

Alas tilam kalis air bercorak





Saiz alas tilam waterproof tilam dan harga

Alas tilam 1 warna

single: 93 x 193 cm RM 50 
queen :179 x 193 //king: 183 x 193 cm RM 60 
Alas tilam bercorak

single : RM55
queen/king : RM65

Cara pembelian

Beli melalui website kami di http://littlemunas.com atau whatsap 017 223 5362

Walk in ke Butik About Umi&Baby,Shah Alam



Wednesday 29 July 2015

Baby Musical Carpet

Assalamualaikum.Alhamdulillah saya menjual baby musical carpet ni sejak dari 2012.Kali ini 2015 saya bawakan lagi educational toys yang makin hebat.Eventually selepas bertahun-tahun dalam arena educational toys ni,saya makin mahir.Alhamdulillah.
Kali ni kita buat comeback.

English learning;Baby Musical Carpet

Baby musical carpet
Inilah rupa baby musical carpet dan kotaknya.Jom kita tengok pula fungsi dia.

Comel dan sesuai untuk baby tau

Fungsi

1. Lampu menyala nila ditekan-tekan.Sesuai untuk menarik minat baby.
2. Ada 6 fungsi MODE.Nampak tak lilin yang tulis MODE tu?Mode tu boleh ditukar-tukar kepada MODE; Read ABC,Music,Quiz,Disco (bunyi-bunyi) dan ABC bila baby tekan.
3. Ada bunyi telefon,kuda,burung dan lain-lain.

Product Information

> Menggunakan 3 battery AAA
> Saiz 68 x 45cm
> Sesuai untuk baby yang dah mula merangkak.
HARGA RM43/Kos pos ke semenanjung RM7

Boleh buat belian melalui whatsap 017 223 5362
atau PM facebook kami https://www.facebook.com/littlemunas
atau terus ke Butik Penyusuan About Umi&Baby,Subang Bestari

Ready stock
Nak tengok video baby musical carpet?Saya terjumpa di youtube.

Friday 24 April 2015

Jubah Kanak-Kanak Perempuan [Early April Editionl]

Awal April sempat restok lagi jubah ni.Bach lepas ramai yang membeli size besar.Maksud saya mostly kakak-kakak yang dah sekolah.Comel betul.Kali ni warna yang lebih terang masuk.Jom tengok-tengok.Penat saya ber-photoshoot secara ringkas kali ini.Semua warna-warna yang popular tau seperti ‘mustard’,peach dan green.

Ciri-Ciri Jubah Kami

  1. Jenis kain adalah material lycra yang berkualiti.Bukan jenis yang ringan dan jarang.Material yang berat membuatkan ianya nampak ‘flowy’.
  2. Potongan jubah jenis ‘princess cut’ dengan cekak di tangan
  3. Kemasan lycra ‘glitter’ esklusif pada bahagian atas dan tangan jubah.
  4. Terdapat dari size 2tahun hingga 10-12 tahun bergantung kepada ketinggian anak anda.Jadi sesuai dipadankan bersama adik beradik dan sepupu-sepupu.

Warna Warna Early April Edition

  • Red&Mustard – Masa saya jual warna-warna gelap dan elegan ramai yang bertanyakan warna mustard.Tema kahwin katanya.Ye ke warna ni tengah ‘in’?

  • Green – Bulan lepas kita ketengah kan turqoise.Kali ni green.Sebab bila akak survey dan validate warna-warna,ramai yang vote green.
  • Red&Peach – Lembut..warna yang lembut
  • Lilac – Awesome combination of color.Tambahan kami memang ada variasi warna-warna ungu.

Purple Edition

Bagi yang dah ada tema raya mahupun kenduri..silakan.Purple edition.
PURPLE>LILAC>DARK PURPLE

Green Edition

OCEAN>EMERALD>TURQUOISE

Tonton video pelanggan kami 


Harga dan cara belian

  • RM69 untuk saiz 18-22
  • RM75 untuk saiz 24-28
Harga tidak termasuk pos.
Cara belian,telegram atau whatsap ke 017 223 5362 atau belian terus PM facebook kami di sini >> Muslim Kids Clothing


Thursday 9 April 2015

Resepi Egg Muffin Untuk Kanak-Kanak

Pagi-pagi bangun dan sediakan sarapan,buat bekal untuk suami lagi.Wajiblah saya cari resepi paling senang,cepat dan mudah.Resepi untuk kanak-kanak ini kita kena fikirkan yang senang dipegang.Size molek-molek untuk dia pegang,sedap dan menarik.Senang dia ngap masuk mulut.K.ali ini breakfast resepi yang saya sempat kongsikan adalah resepi egg muffin.Semua bahan-bahan yang memang ada di dapur.Kalau nak tengok macam-macam idea menarik buat egg muffin ni…silalah anda search kat pinterest
Muffin inti jagung untuk anak....

Resepi Egg Muffin Kanak-Kanak

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
1 batang jagung [yang direbus/boleh guna jagung lebihan corn in cup atau krim jagung]
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
3. Pecahkan telur,masukkan biji-biji jagung,susu dan perasakan dengan garam.Kacau seperti nak memasak telur dadar.
4. Masukkan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.

Resepi Egg Muffin Dewasa

Kali ini selera ibu pulak..untuk dewasa.Ada mushroom bagai.Saya sempat buatkan 4 biji untuk bekalan suami ke tempat kerja.Orang dewasa lazimnya sukakan sayur dan rasa ‘savoury’ dalam makanan mereka.
Siap bekal untuk suami.

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
3 biji cendawan [butang atau portabello]
1 biji bawang
1/2 biji tomato
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
sedikit minyak zaitun untuk menumis
sedikit mix herbs
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Tumis sebentar bawang dan cendawan sehingga bawang kuning sedikit.
3. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
4. Pecahkan telur,bahan ditumis tadi,mix herbs,susu dan sedikit garam
5. Tomato dipotong dadu dan campur dalam adunan telur.
4. Masukkan aduan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.

Saturday 28 March 2015

Scented Playdough Recepi [Aktiviti Kanak-kanak 4 tahun]

Resepi Scented Playdough


Kali ini saya buat resepi playdough wangi.Biasanya tak berbau.Kali ni kita bagi anak saya yang 4 tahun tu bau wangi-wangi sikit.Aktiviti ni sesuai dengan usia 4 tahun kerana waktu usia begini mereka dah mahir skill uli-menguli dan mereka akan membuat sesuatu berdasarkan apa yang mereka lalui sebelum ini.Anak saya yang 4tahun tu akan bancuh dan buat playdough sendiri [atas pemantauan saya] sebab dia dah biasa sangat buat sendiri palydough dia tu.Yang umur setahun akan main 10 minit je.Tak kena dengan umur lagi...

Bahan-Bahan

Secawan kecil lotion [yang anda tak pakai berkurun lama,tapi sayang nak buang]
Tepung gandum

 Cara Buat

1. Tuang lotion ke dalam mangkuk,
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti playdough.
3. Titikkan pewarna makanan untuk mendapat palydough yang bewarna. [Mula-mula anak saya buat yg putih sahaja,petang tu dia mula campur warna dan buat adunan bewarna warni]
4. Main lah sehingga jemu =)

Kreativiti berkembang dan sel-sel otak berhubung

Buat waffle katanya,sebab sehari sebelum tu kami makan waffle

Pizza in the house
Selamat mencuba.Jangan jemu-jemu bermain!
==================================
Shopping jubah raya 2015 di sini >> Jubah kanak-kanak 2015


 

Wednesday 18 March 2015

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak [Hand Painting Activity]

Dua hari lepas we had fun in our kitchen playing hand printing.Kalau dilihat anak westerners macam disuruh-suruh kan diorang ni get messy.Well,messy kid is a happy kid.Tapi itu lah lumrah bermain.Dan kajian memang menunjukkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.Dirangsang melalui aktiviti bermain.

Edible Finger Paint Recepi

Entri sebelum ni dah cuba buat diy-edible-paint.Tapi tekstur dia tak berapa nak ok.Jadi,boleh guna.Tapi macam tak 'smooth'.Jadi saya cari lagi dan cuba resepi yang memerlukan kita masak.Rupa-rupanya,bila kita masak sesuatu bancuhan.Hasil teksturnya lebih baik.Lebih lembut sebab kita satukan dan panaskan adunan tu.Ok,mari saya tunjukkan bagaimana nak buat edible paint dan aktiviti finger printing untuk kanak-kanak 2-4 tahun.

Bahan-Bahan

2 sudu gula
1/2 cawan air
tepung gandum 
pewarna makanan mengikut warna kesukaan anda

Cara membuatnya

1.Panaskan air dan masukkan gula.Kacau sehingga gula melarut.
2.Larutkan 5sudu tepung gandum bersama dengan air.Tuang bancuhan tepung ke dalam periuk.
3.Kacau sehingga anda mendapat kepekatan yang anda inginkan.Teksturnya agak likat tapi lembut seperti gam.
4.Asingkan kepada 4 bahagian.Campur 2 titis pewarna makanan dalam setiap adunan.Untuk dijadikan cat.
5.Tunggu sehingga sejuk sebelum memulakan aktiviti.

Aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan

Sediakan kertas mahjong,kertas lukisan atau manila kad untuk bermain.Warnakan tangan mahupun kaki dan...cop!cop!cop!Saya sediakan evamatic mat supaya tak melekat di lantai.Aktiviti pula dijalankan didapur.

Anak kedua saya baru setahun 3 bulan.Sangat suka 'mengutip' apa di lantai dan masukkan dalam mulut.Jadi bila buat edible paint ni saya hilang 1 kerisaun mengenai toksin.Tau tak rasa paint ni manis-manis.Hehehe!Haruslah ibu yang rasa dulu kan..?
Ha..tengok.Anak suka sangat-sangat tau.Saya biarkan dia main sejam lebih.Si adik kejap je.Sebab kecik lagi.Cepat hilang fokus.Kakak lah yg main sampai 2 kad manila.Masih berbaki hand paint saya.Saya masukkan ke dalam peti ais untuk guna esok-esok ke.Lukisan mesti tampal kat dinding..tunjuk kat baba dia.Alhamdulillah.Memberi kegembiraan untuk anak.

=================================================================


Dapatkan telekung dwi warna dengan warna-warna baru 2015 di kedai kami.Klik telekung-kanak-kanak-2015

Saturday 14 March 2015

Fish Nugget [Resepi untuk kanak-kanak]

Resepi kanak-kanak kali ini saya sangat rajin semenjak dua menjak memasak sesuatu di luar kebiasaan untuk anak saya.Bukan sebab apa,saya tengah bereksperimen untuk lihat apa yang anak saya yang berusia setahun tu suka makan.Yang si kakak kita dah tahu makanan kegemaran dia.Apa dia suka.Jadi sekarang ini memang tengah mencari resepi yang sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun macam anak saya.

Tengok dalam fridge ada ikan tenggiri.Malas bergulai.Mari cuba buat fish nugget untuk menambah senarai menu kanak-kanak di rumah kami.

Resepi untuk kanak-kanak ;Fish Nugget [Ala bergedil]

Bahan-bahan

4 biji kentang 
3 potong isi ikan tenggiri dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang
1 biji telur
5 ketul cendawan dicincang
sedikit rempah habbatussauda 
sedikit mix herbs
oat secukupnya
garam secukup rasa

Cara Masak

1.Kentang dipotong 'wedges' dan digoreng separuh masak.Lenyekkan
2.Campurkan kentang yang lenyek bersama isi ikan,cendawan dan bawang.Gaulkan
3.Campurkan mix herbs dan habbatussauda.Pecahkan telur bagi melekatkan adunan.
4.Tambahkan oat sehingga adunan senang dibentuk seperti jejari
5.Perasakan dengan garam bukit.
6.Gorengkan jejari ikan tadi dan tos.
7.Sedia dimakan oleh,tentera kecilku

Alhamdulillah.Bab-bab finger food ni memang anak lelaki saya suka pegang dan makan.Kalau tak habis mak dia akan buat lauk.Habbatussauda dalam resepi ini adalah optional ye.Saya saja suka campurkan sebab saya nak beramal dengan habbastussauda tu.Jadi mana-mana yg boleh campur saya akan campurkan sedikit habbatussauda dalam makanan.Sebab habbatusauda adalah sunnah dan dapat meningkatkan sistem imuniti badan.

Sekian update kali ini.Selamat mencuba
===========================================================
Shopping baju jubah kanak-kanak di Muslim Kids Clothing


Friday 27 February 2015

Jubah Kanak-Kanak 2015

Assalamualaikum.Pernah saya jual untuk raya 2014 dan mendapat permintaan menggalakkan.Sekali lagi Saya bawakan jubah glitter princess cut untuk anda-anda semua.Insyaallah cantik dan sopan dipakai.Anak saya pakai jubah untuk ke masjid.Memang kegemaran dia lah..


Keistimewaan Jubah Glitter

Di sini saya ceritakan ciri-ciri jubah glitter;

Material : Kain dari jenis lycra berkualiti.Berat dan strectheable
Potongan : Princess cut.Kain flowy.[Cantik anak-anak buat main pusing-pusing macam princess]
Jahitan kemas

Warna-warna bulan ini












Size,Harga dan cara belian

Untuk mengetahui size,anda boleh ukur labuh bahu ke kaki anak anda dan padankan dengan carta size di bawah.Size yang palin kecil kami ada adalah size 16,iaitu sesuai untuk kanak-kanak seawal setahun setengah ke 2 tahun.Apa yang paling penting anda ukur labuh kain dan consult dengan kami.Insyaallah

HARGA untuk size 16-22 adalah RM69
HARGA untuk size 24-28 adalah RM75

Harga tidak termasuk kos pos

Video Koleksi Jubah

Testimonial

Tonton video testimonial di sini;


Ini pelanggan cilik.Hana namanya.Dia cuba 2 warna dan terus nak dua2.Ah..pandai pulak dia cakap satu untuk birthday dan satu untuk raya.Eh,,sapa yang pandai-pandai plan ni Hana.

Cara Beli

PM facebook kami di Muslim Kids Clothing
Telegram atau whatsap 017 223 5362

Lihat jubah terbaru di entry ini >>WARNA TERBARU EARLY APRIL