Friday 24 April 2015

Jubah Kanak-Kanak Perempuan [Early April Editionl]

Awal April sempat restok lagi jubah ni.Bach lepas ramai yang membeli size besar.Maksud saya mostly kakak-kakak yang dah sekolah.Comel betul.Kali ni warna yang lebih terang masuk.Jom tengok-tengok.Penat saya ber-photoshoot secara ringkas kali ini.Semua warna-warna yang popular tau seperti ‘mustard’,peach dan green.

Ciri-Ciri Jubah Kami

  1. Jenis kain adalah material lycra yang berkualiti.Bukan jenis yang ringan dan jarang.Material yang berat membuatkan ianya nampak ‘flowy’.
  2. Potongan jubah jenis ‘princess cut’ dengan cekak di tangan
  3. Kemasan lycra ‘glitter’ esklusif pada bahagian atas dan tangan jubah.
  4. Terdapat dari size 2tahun hingga 10-12 tahun bergantung kepada ketinggian anak anda.Jadi sesuai dipadankan bersama adik beradik dan sepupu-sepupu.

Warna Warna Early April Edition

  • Red&Mustard – Masa saya jual warna-warna gelap dan elegan ramai yang bertanyakan warna mustard.Tema kahwin katanya.Ye ke warna ni tengah ‘in’?

  • Green – Bulan lepas kita ketengah kan turqoise.Kali ni green.Sebab bila akak survey dan validate warna-warna,ramai yang vote green.
  • Red&Peach – Lembut..warna yang lembut
  • Lilac – Awesome combination of color.Tambahan kami memang ada variasi warna-warna ungu.

Purple Edition

Bagi yang dah ada tema raya mahupun kenduri..silakan.Purple edition.
PURPLE>LILAC>DARK PURPLE

Green Edition

OCEAN>EMERALD>TURQUOISE

Tonton video pelanggan kami 


Harga dan cara belian

  • RM69 untuk saiz 18-22
  • RM75 untuk saiz 24-28
Harga tidak termasuk pos.
Cara belian,telegram atau whatsap ke 017 223 5362 atau belian terus PM facebook kami di sini >> Muslim Kids Clothing


Thursday 9 April 2015

Resepi Egg Muffin Untuk Kanak-Kanak

Pagi-pagi bangun dan sediakan sarapan,buat bekal untuk suami lagi.Wajiblah saya cari resepi paling senang,cepat dan mudah.Resepi untuk kanak-kanak ini kita kena fikirkan yang senang dipegang.Size molek-molek untuk dia pegang,sedap dan menarik.Senang dia ngap masuk mulut.K.ali ini breakfast resepi yang saya sempat kongsikan adalah resepi egg muffin.Semua bahan-bahan yang memang ada di dapur.Kalau nak tengok macam-macam idea menarik buat egg muffin ni…silalah anda search kat pinterest
Muffin inti jagung untuk anak....

Resepi Egg Muffin Kanak-Kanak

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
1 batang jagung [yang direbus/boleh guna jagung lebihan corn in cup atau krim jagung]
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
3. Pecahkan telur,masukkan biji-biji jagung,susu dan perasakan dengan garam.Kacau seperti nak memasak telur dadar.
4. Masukkan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.

Resepi Egg Muffin Dewasa

Kali ini selera ibu pulak..untuk dewasa.Ada mushroom bagai.Saya sempat buatkan 4 biji untuk bekalan suami ke tempat kerja.Orang dewasa lazimnya sukakan sayur dan rasa ‘savoury’ dalam makanan mereka.
Siap bekal untuk suami.

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
3 biji cendawan [butang atau portabello]
1 biji bawang
1/2 biji tomato
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
sedikit minyak zaitun untuk menumis
sedikit mix herbs
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Tumis sebentar bawang dan cendawan sehingga bawang kuning sedikit.
3. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
4. Pecahkan telur,bahan ditumis tadi,mix herbs,susu dan sedikit garam
5. Tomato dipotong dadu dan campur dalam adunan telur.
4. Masukkan aduan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.