Friday 27 February 2015

Jubah Kanak-Kanak 2015

Assalamualaikum.Pernah saya jual untuk raya 2014 dan mendapat permintaan menggalakkan.Sekali lagi Saya bawakan jubah glitter princess cut untuk anda-anda semua.Insyaallah cantik dan sopan dipakai.Anak saya pakai jubah untuk ke masjid.Memang kegemaran dia lah..


Keistimewaan Jubah Glitter

Di sini saya ceritakan ciri-ciri jubah glitter;

Material : Kain dari jenis lycra berkualiti.Berat dan strectheable
Potongan : Princess cut.Kain flowy.[Cantik anak-anak buat main pusing-pusing macam princess]
Jahitan kemas

Warna-warna bulan ini












Size,Harga dan cara belian

Untuk mengetahui size,anda boleh ukur labuh bahu ke kaki anak anda dan padankan dengan carta size di bawah.Size yang palin kecil kami ada adalah size 16,iaitu sesuai untuk kanak-kanak seawal setahun setengah ke 2 tahun.Apa yang paling penting anda ukur labuh kain dan consult dengan kami.Insyaallah

HARGA untuk size 16-22 adalah RM69
HARGA untuk size 24-28 adalah RM75

Harga tidak termasuk kos pos

Video Koleksi Jubah

Testimonial

Tonton video testimonial di sini;


Ini pelanggan cilik.Hana namanya.Dia cuba 2 warna dan terus nak dua2.Ah..pandai pulak dia cakap satu untuk birthday dan satu untuk raya.Eh,,sapa yang pandai-pandai plan ni Hana.

Cara Beli

PM facebook kami di Muslim Kids Clothing
Telegram atau whatsap 017 223 5362

Lihat jubah terbaru di entry ini >>WARNA TERBARU EARLY APRIL

Monday 23 February 2015

Resepi Kanak-Kanak ;Nugget Ayam Dengan Sayur

Plan masak nugget tapi jadi crocquette

Asalnya nak buat nugget.Alih-alih tak de telur dan breadcrumbs.jadi ala-ala melayu saya cuba gantikan dengan tepung dan oat.Tekstur dia jadi ala-ala crocquette gitu.Tapi anak saya yang kedua ni makan tak berenti.Simpan adunan sedikit untuk goreng kat dia esok.Sedap kot..kena dengan selera dia rasanya.Yeay!Mak pun suka lah =)

Apa end product anda nak panggil,yang penting ia berkhasiat.Ada sayur,oat,ayam dan habbatussauda.Kalah teruk ya nugget dalam plastik tu kalau kita bandingkan khasiat dia.
Tak lepas ye,dia mengunyah nugget tu.Kena selera lah tu

Resepi Nugget Ayam Dengan Sayur

Bahan-bahan

250 gm isi ayam
sebatang seleri
sebatang lobak kecil
sebiji bawang besar
secubit habbatussauda
tepung untuk mengentalkan adunan
oat untuk mengentalkan adunan
sedikit lada sulah
sedikit garam untuk perasa

Cara Masak

1. Potong dadu isi ayam.Potong seleri dan lobak merah.Rebus sehingga ayam empuk [gambar a dan b]
2. Apabila ayam empuk.Keluarkan isi ayam dan carik-carikkan dengan tangan sehingga hancur.
3. Tapis seleri dan lobak dari air rebusan tadi dan simpan untuk digunakan nanti.
4. Kisar seleri,lobak merah,bawang,lada sulah,habbatussauda dan garam [gambar c]
5. Bancuhkan adunan kisar,ayam yg dicarik dengan tepung dan oat.Gunakan air rebusan ayam tadi untuk mengadun menjadi kental.Bulat-ulatkan seperti nugget.[gambar d dan e]
6. Goreng seperti anda menggoreng nugget sampai warna keemasan.[gambar f]

7. Sedia untuk dihidangkan.Berkhasiat untuk anak.
Ada tangan gebu merayap dulu

Sekian,selamat mencuba.Boleh bento lagi untuk bekal anak ke sekolah

Buku-Buku baru February 2015


Buku-buku pilihan ibu dan anak 
1. Ibu, Ku Ingin Tahu RM26
2. Anakku Seorang Hafiz RM20
3. Lebih Baik Makan Ini Bukan Itu RM17
4. Kenapa Wajib Tutup Aurat RM9
5. Sayang marilah Makan RM22
6. 150 Tips Disayangi Ibu RM12

Pembelian >> telegram/whatsap 017 223 5362

Wednesday 18 February 2015

Telekung yang comel lagi selesa [Segmen Review Produk]

Saya Pengguna,Saya Suka Telekung Dwiwarna

Kali ni saya nak review telekung kanak-kanak.Sebab saya gunakan untuk anak saya yang berumur 4 tahun.Size M memang nampaknya sesuai 4-8tahun.Apa yang saya suka?Haruslah warnanya dulu.Sebab warna ini menaikkan semangat anak kita.Tambahan solat belum menjadi kewajipan mereka,jadi kenalah memikat dengan warna.

Untuk anak saya dia pilih sendiri warna telekung dia.Kemain!Terus-terus mengaku telekung dia.
Tengoklah aksi dia buat.Cute!
Warna dua tone.Ada highlight di dagu,kepala dan renda.Dia rasa yakin sangat kalau nak ke masjid.Kalau ke masjid sekarang,bawak telekung,dia akan solat di tepi saya.Dulu tak de telekung pun dia solat jugak..sekarang semangat sikit.

Sebagai ibu yang saya suka,pengikat kepalanya adalah jenis getah.Sebab apa?Senang anak kita pakai tanpa bantuan kita.Kalau yang kena ikat tu...dia perlu minta bantuan.Habis review produk ni,Saya guna,saya suka dan saya jual.

Saya nak tunjuk pulak gambar-gambar dari pelanggan saya yang lain.

Thursday 5 February 2015

Aktiviti memasak bersama anak [Resepi Kueh Keria]

Kali ini saya akan ceritakan aktiviti di dapur kami.Bila petang nan indah,free dan rajin,saya akan buat aktiviti bersama anak.Kali ini aktiviti memasak bersama anak saya buat kueh yang berasaskan keledek yg kami beli di kawasan Morib [balik bercuti dari Gold Coast Morib haritu].Saya decide untuk buat kueh keria atau bahasa utaranya coq keria [cucoq keria] yang menjadi kegilaan anak saya sejak akhir-akhir ni.Jangan mengharapkan gambar masakan yang cantik kerana ini bukan blog masakan.Tapi blog aktiviti bersama anak.Tiada shot yang menarik,tapi semuanya adalah realiti seorang mak.Hehehe.

Resepi Kueh Keria (Cucur keria)

Dalam aktiviti ini anak-anak 4 tahun akan belajar meng-uli adunan menjadi seperti cincin.Tetapi anak 1 tahun akan cubit-cubit adunan masuk mulut.Mari bersabar.Hehehe.

Resepi ini saya pilih cara yang paling mudah dari blog mai sepinggan

Bahan-bahan

700 gm ubi keledek
150 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna gula biasa sahaja)
secubit garam 
minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Rebus keledek hingga empuk.Dan lenyekkan.Keledek cepat empuk dan senang dilenyek menggunakan belakang cawan.Boleh biarkan anak anda melenyek keledek.Tapi dia masih perlukan bantuan anda untuk melenyek semuanya secara sekata.
Adik disebelah usha dulu apa kakak buat ni.Jaga..jaga..